Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Thursday, February 11, 2010

Perlawanan Persahabatan Futsal-Pemuda Umno Vs PDRM Tumpat





Bicara Tumpat...


Pemuda Umno Kelantan akan mengadakan Kejohanan Futsal antara Pemuda Umno Bahagian seluruh Kelantan yang akan diadakan pada 26 Februari 2010 di Uitm Machang sempena dengan Konvesyen Pemuda Umno Kelantan.

Pemuda Umno di peringkat Bahgian diwajibkan menghantar pasukan masing-masing yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian.Program ini akan berlansung selama satu hari akan dirasmikan oleh Dato' Seri Mustapa Mohamad bersama dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Khairy Jamalludin.


Atas semangat untuk memenangi kejohanan yang akan diadakan itu maka Pergerakan Pemuda Umno Tumpat sudah mula menjalani latihan dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pemuda-pemuda cawangan.

Selain perlawanan persahabatan dengan pemuda cawangan,Pergerakan Pemuda Tumpat juga telah mengadakan latihan bersama dengan Pasukan PDRM Tumpat.Selain Menguatkan lagi ketahan fizikal dan mental pemain ,perlawanan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemuda dan juga pihak PDRM.

Sempena dengan perlawnana persahabatan ini juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tumpat ,Sdr.Rosidi Hj.Mahmud Kamaruddin juga telah menyerahkan bola sepak dan juga bola sepak takraw kepada pasukan PDRM Tumpat.


Gambar menarik sekitar perlawan persahabatan antara Pergerakan Pemuda Umno Tumpat dan juga PDRM Tumpat.










No comments:

Post a Comment