Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Monday, March 22, 2010

UMNO Bahagian Tumpat Mendepani Cabaran Isu Semasa

Sempena dengan program Juara Rakyat yang diadakan setiap bulan bagi setiap parlimen maka UMNO Bahagian Tumpat telah mengadakan satu program penerangan isu-isu semasa yang berlaku dalam politik Kelantan masa kini .Program yang telah diadakan pada 19 Mac 2010,jam 9 malam di Kok Majid ini telah berjaya menghimpunkan hampir 1500 masyarakat Parlimen Tumpat khususnya di DUN Pasir Pekan.

Kehadiran hadirin yang melebihi 1000 orang adalah sesuatu yang di luar dugaan bagi program di DUN Pasir Pekan.Kebiasaan program yang dianjurkan di DUN Pasir Pekan tidak pernah mendapat perhatian yang sedemikian rupa kerana DUN Pasir Pekan adalah merupakan kubu kuat PAS dan apatah lagi DUN Pasir Pekan merupakan kawasan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Program penerangan isu semasa ini telah menampilkan penceramah yang yang cukup hangat di Parlimen Tumpat sekarang ini iaitu Tuan Guru Hj.Abdullah Saa'mah atau juga di kenali Tok Guru Hj.Loh Pondok Geting. Ceramah yang disampaikan oleh beliau cukup menggerunkan pihak PAS dengan pendedahan-pendedahan mengenai amalan wahabi yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin PAS.

Program ini juga turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO 4 Peringkat Bahagian Tumpat.Kejayaan program yang dianjurkan ini juga membuktikan UMNO Bahagian Tumpat mendepani cabaran isu semasa dalam memberikan penjelasan kepada rakyat.


Ucapan aluan oleh Sdri. Nik Noriza Nik Salleh(Penyelaras DUN Pasir Pekan merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat)

Ucapan YBhg.Tn.Hj.Mohd Rosdi Ab.Aziz(Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat)

Tuan Guru Hj.Abdullah Saa'mah (Tok Guru pondok Geting) sedang menyampaikan ceramah

Antara pengikut pondok Tok Guru Hj.Loh yang turut hadir

Nik Fatimah Nik Salleh(Ketua Puteri UMNO Bahagian Tumpat) dan jawatankuasanya turut hadir mendengar ceramai yang disampaikan

Hadirin ynag hadir tekun mendengar ceramah yang disampaikan

Anak muda bermotor juga turut berminat hadir mendengar ceramah

Antara Jawatankuasa UMNO Bahagian yang turut hadir

Jamuan makan disediakan kepada hadirin

Thursday, March 18, 2010

Pakatan Rakyat Panas Cuping Telinga

KUALA LUMPUR - Ucapan sulung Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghangatkan Persidangan Dewan Rakyat. Malah, kurang lima minit selepas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap bermula 5.05 petang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan apabila Zahrain mula mengaitkan Anwar dengan kegagalan Pakatan Pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan melalui perancangan 16 September.
Katanya, mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agon:g sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada Pakatan Pembangkang membentuk Kerajaan Persekutuan. :“Malah, Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12. Pada waktu itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu. Zahrain kemudian menyambung ucapannya dengan mendakwa kononnya Panglima Angkatan Tentera juga menyokong peranca- ngan pembangkang itu dan kata-kata itu menjadikan Dewan lebih gamat.
Dalam suasana kecoh itu, Zahrain meneruskan pendedahan mengenai kepincangan dalam perjuangan Pakatan Pembangkang yang disifatkannya perjuangan peribadi Anwar. Pada ketika itu, Anwar bertindak keluar Dewan dan kedengaran Ahli Parlimen BN berteriak ‘pengecut’ dan ‘berani, tunggu’ sebagai mendesak Anwar tidak keluar Dewan dan sebaliknya mendengar pendedahan kenapa Zahrain keluar PKR. Zahrain kemudian mengulangi dakwaannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP adalah ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.
Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai 'raksaksa pelbagai wajah' ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam. Beliau mendedahkan antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada DAP sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu. Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagaimanapun menangguhkan ucapan Zahrain pada pukul 5.30 petang bagi membolehkan persidangan disambung semula hari ini. Anwar ketika ditemui di luar dewan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung tindakan beliau keluar daripada dewan.
Malah, beliau turut mempertikaikan kenyataan Zahrain yang mendakwa pemimpin PR diarahkan untuk berkumpul di Dewan Rakyat pada 16 September untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan. “Ternyata beliau telah dipergunakan oleh parti kerajaan, beliau marah kerana ada orang yang mempersoalkan syarikat, beliau kena jawab “Saya tidak keluarkan arahan, ternyata beliau hanya mempergunakan isu ini untuk menjatuhkan PR,” katanya.

Sunday, March 14, 2010

Datuk Di Bersama Masyarakat Siam Di Wat Machimaram ,Jubakar Darat

PROGRAM : JUARA RAKYAT BERSAMA MASYARAKAT SIAM
TEMPAT :WAT MACHIMARAM,JUBAKAR DARAT,TUMPAT
TARIKH : 12 MAC 2010


Ketibaan Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar(Ketua UMNO Bahagian Tumpat) disambut oleh pemimpin-pemimpin masyarakat siam

Datuk Di disambut dengan iringan penari kebudayaan siam

Paluan kompang menyambut ketibaan Datuk Di dan pemimpin masyarakat

Antara pemimpin masyarakat yang hadir

Sami-sami wat di Jubakar Darat juga turut hadir memeriahkan lagi majlis

Persembahan tarian kebudayaan oleh penari tempatan

Ucapan dari Datuk Di yang menyeru kepada perpaduan

Datuk Di menerima cenderahati dari Santik(Ketua Sami Wat Jubakar Darat

Datuk Di merasmikan dewan baru wat Machimaram Jubakar Darat

Datuk Di melawat dewan baru Wat Machimaram Jubakar Darat

Datuk Di bergambar bersama dengan pemimpin masyarakat siam

Jamuan makan bersama dengan sami dan juga pemimpin masyarakat siam

Saturday, March 13, 2010

Pemimpin UMNO Bahagian Tumpat Bersama Masyarakat

Program : Pemimpin UMNO Bahagian Tumpat Bersama Masyarakat
Tarikh :10 Mac 2010
Masa :9.00 Malam
Program pemimpin UMNO Bahagian Tumpat bersama masyarakat telah dianjurkan bagi mendekatkan lagi pemimpin UMNO Bahagian dengan masyarakat dan juga ketua-ketua cawangan UMNO Bahagian Tumpa.



Kaunter pendaftaran kehadiran


Ucapan oleh Sdr.Wan Hanapi Wan Yaacob(Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat)

Hadirin yang hadir tekun mendengar amanat yang disampaikan



Hadirin yang hadir terdiri daripada ketua-ketua cawangan dan masyarakat setempat

Jamuan Rakyat
Amanat disampaikan oleh Sdr.wan Hanapi Wan Yaacob(Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat)


Antara pemimpin UMNO Bahagian Tumpat yang turut hadir

Friday, March 12, 2010

Pemimpin Pakatan tertekan


PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud usaha terancang pihak tertentu untuk menekan pemimpin-pemimpinnya. Anwar sendiri berhadapan siasatan polis atas pelbagai tuduhan, termasuk isu berkaitan anti Islam dan Melayu.

“Kita sedang menghadapi banyak sangat gangguan dan tekanan polis. Jangan halang dan ugut, saya rasa keterlaluan. Mengapa tidak boleh bercakap pasal isu enjin jet hilang, kapal selam scorpene. Ini isu politik dan harus ditangani secara politik.

“Saya bantah sekeras-kerasnya tindakan mereka untuk ganggu proses demokrasi. Polis kena kekalkan profesionalisme mereka, jangan habiskan banyak masa dengan menyoal siasat pemimpin PR. Tumpukan kepada meningkatkan tahap keselamatan tangani jenayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square di sini, semalam.

Kelmarin polis mengambil keterangan Anwar berhubung empat laporan yang masing-masing dibuat polis sendiri dan seorang individu.

Empat pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan seorang Inspektor, semalam mengambil keterangan Anwar sambil pemberita serta jurukamera dibenarkan menyaksikan proses itu di luar bilik kaca di aras tiga pejabat.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada Unit Cawangan Khas Bukit: Aman.

:Anwar yang juga Penasihat PKR, ditemani peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, masing-masing Ahli Parlimen Balik Pulau dan Subang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin.

:Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution hadir di sidang media selepas polis selesai mengambil keterangan.

:Anwar, ketika ditanya pemberita mengenai lokasi laporan polis yang dibuat di beberapa tempat di Pulau Pinang berkata: “Secara kebetulan, saya tidak tahu kalau ada usaha terancang, tetapi pihak-pihak ini sengaja meniup api perkauman untuk mengaitkan pemimpin-pemimpin PR sebagai anti Islam dan Melayu,” katanya.

Katanya, 15 Ahli Parlimen dan ADUN PR telah disiasat polis atas isu terbabit dan isu-isu lain.

Anwar menyifatkan kerjasama polis sebagai mesra dan baik semasa siasatan tersebut.

Program Ceramah Isu Semasa

UMNO Bahagian Tumpat melalui Biro Penerangan UMNO Bahagian Tumpat telah mengadakan program ceramah isu semasa politik Kelantan bagi Parlimen Tumpat. Golongan sasarnya adalah guru dan pesara guru yang mempunyai jawatan di peringkat cawangan dalam parlimen Tumpat yang mana melibatkan 150 orang guru.Program yang telah diadakan di Dewan Komplek Perpaduan Terbak,Tumpat itu telah diadakan pada 09 Mac 2010 jam 9.00 malam.

Program yang bermatlamat untuk membangkitkan semula semangat guru dan juga pesara guru dalam membantu memperkasakan cawangan UMNO seluruh Parlimen tumpat itu telah menampilkan penceramah Ustaz Omar Khalid,penceramah perhubungan UMNO Negeri Kelantan bersama dengan Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar,Ketua UMNO Bahagian Tumpat.

Program yang berlangsung itu juga turut melibatkan Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat,Wan Hanapi Wan Yaacob,Naib Ketua UMNO Bahagian,Ketua-ketua sayap dan jawatankuasa 4 peringkat UMNO Bahagian Tumpat.


Ceramah Penjelasan Isu-Isu Politik Kelantan

Majlis dipengerusikan oleh Sdr.Hasyimi Mohamad(AJK UMNO Bahagian Tumpat)

Dari kiri:Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar(Ketua UMNO Bahagian Tumpat),Ust.Omar Khalid(penceramah jemputan),Hj.Mat Nawawi Mat Jusoh(Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tumpat)

Antara guru dan pesara guru yang hadir

Ucapan aluan Hj.Mat Nawawi Mat Jusoh (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tumpat).

Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar sedang menyampaikan ucapan kepada hadirin

Ust.Omar Khalid sedang menyampaikan ceramah isu semasa politik Kelantan

Saturday, March 6, 2010

Juara Rakyat:: UMNO Bahagian Tumpat Menjuarai Kebajikan Rakyat

Salam 1 Malaysia

Program Juara Rakyat Parlimen Tumpat yang telah dianjurkan oleh Umno Bahagian Tumpat yang terajui oleh YB.Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar,Ketua UMNO Bahagian Tumpat bersama dengan Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Wan Hanapi Wan Yaakob,Naib Ketua UMNO Bahagian telah berlangsung dengan cukup meriah dan berjalan dengan lancar.

Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam itu telah berjaya mengumpulkan hampir 4000 hadirin telah diadakan pada 27 dan 28 Februari 2010 di Dewan Sekolah Kebangsaan Tumpat,Kelantan turut melibatkan Ahli Jawatankuasa UMNO 4 peringkat,sukarelawan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Tumpat.

Program perasmian Juara Rakyat Parlimen Tumpat telah dirasmikan oleh YB.Datuk Suhaimi B.Ibrahim,Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.



Gambar-gambar menarik Program Juara Rakyat Parlimen Tumpat

Program Juara Rakyat Parlimen Tumpat(Bulan Kebajikan)dirasmikan oleh YB.Datuk Suhaimi Ibrahim Setiusaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Ketibaan YB.Datuk Suhaimi (kacamata hitam) telah disambut dengan bacaan selawat oleh Biro Agama Umno Bahagian Tumpat diiringi oleh YB Datuk Ketua UMNO Bahagian dan barisan AJK 4 Peringkat.
YB.Datuk Suhaimi Ibrahim(dua dari kanan) bersama-sama dengan YB.Datuk Hj.Noor Zahidi,Ketua Umno Bahagian(tiga dari kanan) dan Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz,Timbalan Umno Bahagian(kiri).

Hadirin dihiburkan dengan persembahan dikir barat daripada golongan orang kurang upaya

YB.Datuk Suhaimi Ibrahim menyampaian bantuan kepada penerima-penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Parlimen Tumpat.

YB.Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar,Ketua UMNO Bahagian Tumpat sedang menjamu selera sebelum ke Program Kunjungan Kasih Dun Kelaboran.

Antara hadirin dan penerima-penerima bantuan yang hadir ke Program Juara Rakyat di Sek.Keb.Tumpat.

W.Hanafi W.Yaakob,Naib Ketua Umno Bahagian,(baju kuning sebelah kanan)sedang menyaksikan orang ramai yang hadir untuk menderma darah.

Program juga dimeriahkan dengan pameran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Tumpat.

YB.Datuk Suhaimi Ibrahim menyampaikan watikah perlantikan sukarelawan Parlimen Tumpat
Barisan AJK 4 Peringkat dan Sukarelawan Mayang Tumpat sedang berhimpun di Dewan SK Tumpat untuk mendengar taklimat dan amanat dari YB.Datuk Ketua UMNO Bahagian Tumpat sebelum turun ke kawasan untuk Program Kunjungan Kasih DUN Kelaboran.


YB.Datuk Hj.Noor Zahidi,Ketua Umno Bahagian merangkap ADUN Pengkalan Kubor sedang beramah mesra dengan peserta yang hadir untuk program derma darah


Pada sebelah malam diadakan program ceramah Perdana yang bertajuk PAS mengkhianati amanah rakyat yang mana penceramahnya adalah YBhg.Dato' Osman Abdul(Bekas Ahli Parlimen Pendang) dan YBhg.Dato' Mustafa Taib(Pegawai Khas Dato' Sri Mustapa Mohamad).
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)diiringi oleh Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tumpat mengadakan lawatan rumah ke rumah(Kinjungan Kasih) sambil menyampaikan sumbangan hamper dan wang bantuan kepada penerima bantuan JKM