Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Sunday, February 21, 2010

Himpunan Warga Emas Dun Pengkalan Kubor






Bicara Tumpat...


Majlis dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Burung Murai


Pusat Khidmat Rakyat Dun Pengkalan Kubor yang di terajui oleh YB. Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar,Adun Pengkalan Kubor merangkap Ketua Umno Bahagian Tumpat telah mengadakan satu program bagi menghimpunkan dan meraikan warga emas di dalam dun Pengkalan Kubor yang mana melibatkan kesemua warga emas di 11 peti undi dun Pengkalan kubor.


Majlis YB.Datuk Ketua Bahagian bersama warga emas ini juga turut dimeriahkan lagi pengisiannya dengan pertandingan burung Murai Kampung dan juga burung Murai Batu dari seluruh negeri Kelantan.Program ini telah diadakan di perkarangan Gelanggang Futsal Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional dun Pengkalan Kubor di Kg.Geting.

Program yang diadakan iti telah berjaya menghimpunkan hampir 4,000 orang dan menyebabkan keadaan jalan dan perkarangan Pusat Khidmat Rakyat menjadi sesak dengan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan pertandingan burung dan juga warga emas untuk bersama Yb.Adun Pengkalan Kubor.Program ini menyediakan cabuatan bertuah yang berupa seekor lembu dan seekor kambing yang disumbangkan oleh Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar YB Adun Pengkalan Kubor merangkap Ketua Umno Bahagian Tumpat.


Pemimpin diperingkat bahagian yang turut hadir pada hari tersebut ialah Naib Ketua Umno Bahagian,Sdr.Wan Hanapi Wan Yaacob,Ketua Pemuda Umno Bahagian,Sdr.Rosidi Mahmud Kamarudin dan barisan exconya yang sama-sama meraikan warga emas yang hadir.


Walaupun pihak Pusat Khidmad Rakyat hanya menjangkakan kehadirn warga emas sekitar 300 orang sahaja tetapi kehadiran memang di luar dugaan apabila warga emas yang hadir seramai 714 orang yang terdiri dari pelbagai kaum tetapi keadaan ini mampu ditanggani dengan baik oleh staf Pusat Khidmat Rakyat dan juga Exco Pemuda Umno Bahagian yang diterajui oleh Sdr.Rosidi Mahmud Kamarudin yang turut bersama-sama mengagihkan barang-barang dan juga cabutan bertuah kepada warga emas.


Keprihatinan dan kecaknaan Datuk hj.Noor Zahidi selaku wakil rakyat di dun Pengkalan Kubor sememangnya patut dicontohi oleh wakil-wakil rakyat di dun-dun lain baik dari parti Pas mahupun parti BN sendiri kerana beliau menakbur bakti bukan hanya apabila tiba musim pilihnaraya sahaja tetapi keprihatinan beliau tidak mengira masa kepada rakyat,khususnya di dun Pengkalan Kubor.

Melihat kepada sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua petugas dan hadirin maka Yb.Datuk Ketua dalam ucapannya sangat-sangat berbesar hati dan akan mengadakan program sedemikian rupa sebagai program bulanan dun Pengkalan Kubor iaitu pada minggu kedua setiap bulan.Program bersama warga emas yang akan diadakan selepas ini tidak lagi akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat ini memandangkan keadaannya yang agak kurang selesa dan akan diadakan di dewan yang lebih besar dan selesa bagi meraikan warga emas ini.


Datuk Hj.Noor Zahidi atau juga panggilan mesra rakyat iaitu Datuk Di juga menyeru pemimpin-pemimpin Umno di dun lain dalam Parlimen tumpat supaya menjadikan program bersama warga emas ini suatu kemestian di dalam setiap bulan tanpa mengira fahaman politik kerana program-program bagi meraikan warga emas beginilah yang harus dilaksanakan dalam menjaga kebajikan rakyat dan bukan hanya dengan berceramah sahaja.

Gambar-gambar menarik sekitar program

Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar sedang menyampaikan ucapan kepada warga emas

Warga emas yang hadir khusyuk mendengar ucapan YB.Adun Pengkalan Kubor

Datuk Hj.Noor Zahidi(Datuk Di)YB.Adun Pengkalan Kubor tidak menang tangan meraikan warga emas

Ketua Pemuda,Rosidi Mahmud Kamarudin dan Barisan Exco (baju oren) membantu warga emas yang hadir

Exco Pemuda Umno Bahagian segak dengan baju oren untuk menyambut dan memimpin warga emas yang hadir
Warga emas dari masyarakat siam juga tidak ketinggalan dijemput hadir
Datuk Di sedang menyampaikan sedikit sumbangan kepada warga emas yang hadir
Datin Muna(Isteri datuk Di)juga juga meluangkan masa untuk bersama meraikan warga emas
Datuk Di tekun mendengar suara burug murai yang dipertandingkan
Datuk Di sedang membuat cabutan nombor bertuah
Antara burung murai yang dipertandingkan
Ketua Pemuda Umno Bahagian,Sdr.Rosidi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan burung murai
Datuk Di menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan burung murai
Pemenang cabutan bertuah seekor kambing yang disumbangkan oleh Datuk Di
Warga emas yang paling bertuah apabila mendapat seekor lembu

No comments:

Post a Comment