Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Thursday, April 29, 2010

Janji RM3 juta ditunai...jangan pertikai janji ini -PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan cek RM3 juta seperti yang dijanjikannya semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,Rasa.Cek disampaikan dalam majlis ringkas di pejabat beliau di Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya,tengahari Rabu.

“Ini adalah janji saya. BN adalah sebuah parti yang rakyat boleh yakini. Apa yang kita janjikan, kita tunaikan,” katanya sebelum menyampaikan cek berkenaan kepada Penerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan pengetuanya, Ng Kin Mooi.

“Saya juga nak nafikan desas desus yang mengatakan oleh kerana orang Cina tidak beri sokongan sepenuhnya kepada BN, jadi tak perlu kita bagi peruntukan kepada mereka.“Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini sebagai tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina. BN akan terus mengharapkan kerjasama kaum Cina. Walaupun pada kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita, semoga pada masa akan datang mereka akan beri sokongan yang lebih padu kepada BN,” katanya.

“Saya harap dengan sumbangan ini mereka dapat membina sebuah sekolah baru. Ini juga bermakna hutang saya sudah langsai," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta timbalannya, Datuk Seri Liong Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru, P. Kamalanathan.-28/4/2010

Saya terima RM4 juta'

Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini.

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.

Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.

Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah.

Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.

Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau.

Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan.

Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.

Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.

"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.

"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.

Sunday, April 11, 2010

PEMUDA UMNO MENJUARAI KEBAJIKAN SUKAN PEMUDA

PROGRAM :PEMYAMPAIAN BOLA SEPAK
TEMPAT :PADANG BOLA KG.DALAM RHU & TG.KUALA
MASA :5.00 PETANG


PEMIMPIN YANG HADIR :

1.ROSIDI MAHMUD KAMARUDIN(KETUA PEMUDA UMNO BAHAG
IAN TUMPAT)
2.SHAMSUZIE KASHIM (PEGAWAI JASA PARLIMEN TUMPAT
)
3.MOHD ZAHANUDDIN MOHAMAD(PEGAWAI JASA DU
N KELABORAN)
4.BARISAN EXCO PEMUDA UMNO BAHAGIAN TUMPAT
5.BAROSAN KEPEMIMPIN PEMUDA CAWANGAN



BERSAMA PEMUDA UMNO CAWANGAN DALAM RHU

BERSAMA PEMUDA CAWANGAN TG.KUALA

KP BERSAMA PEGAWAI JASA KELABORAN(KUNING) DAN PARLIMEN TUMPAT(KELABU)

KP UMNO BAHAGIAN TUMPAT(BAJU KUNING) BERSAMA KPPM (NIK MAN)

Monday, April 5, 2010

Pelancaran Juara Rakyat Kelantan ;UMNO Bahagian Tumpat Menjuarai Perpaduan & Kebudayaan Rakyat

PROGRAM :JUARA RAKYAT PERINGKAT NEGERI KELANTAN
TARIKH :01 HINGGA 03 APRIL 2010
MASA :8.00 PAGI HINGGA 12.00 MALAM



Banner mempamerkan senarai nama jawatankuasa 4 Peringkat UMNO Bahagian Tumpat

Daftar Pemilih dan Keahlian Wanita UMNO

Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi dasar UMNO Bahagian Tumpat

Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO

Pengunjung hadir ke booth UMNO Bahagian Tumpat bagi memeriahkan lagi persembahan

Tn.Hj.Rosdi Aziz(Timbalan Ketua UMNO Tumpat-baju merah) sibuk melayan pengunjung

Tn.Hj.Rosdi Aziz(Timbalan Ketua UMNO Bahagian )bertindak selaku pengerusi program

Persembahan kebudayaan dari UMNO Bahagian Tumpat

Tian Hock Hua(Wakil dari MCA Bahagian Tumpat) yang memakai pakaian kebangsaan menyerlahkan lagi semangat 1Malaysia

Persembahan Tarian Naga juga turut diadakan

Persembahan Tarian Kebudayaan Masyarakat Siam juga turut mendapat perhatian pengunjung

Barisan penari yang bersiap untuk membuat persembahan
Barisan jawatankuasa yang menjayakan program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kelantan.

Perpaduan dan Kebudayaan menjadi tema kepada UMNO Bahagian Tumpat

Saturday, April 3, 2010

Lawatan YB KJ Ke Parlimen Tumpat

PROGRAM :PEMUDA PRIHATIN

TARIKH : 2 APRIL 2010

TEMPAT : 1.KG.TELAGA BATA
2.KG.MORAK


MASA :3.00 Petang