Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Wednesday, February 10, 2010

Nik Aziz tidak hormat Hadi Awang!

JUARA NUSA

Menyampai Salam sayang serta ikhlas kepada semua pengunjung Bicara Kelantan.

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz mengenai Presiden PAS.
Apakah Nik Aziz sudah lupa diri? Siapakah dia sebenarnya jika nak dibandingkan dengan Hj Hadi? kenapa beliau begitu lantang mengeluarkan kata-kata yang sebegitu? tidakkah timbul rasa hormat kepada Hj Hadi sebagai Presiden PAS? adakah beliau lupa bahawasanya Hj. Hadi dipilih oleh ahli PAS seluruh Malaysia?


Nampak gayanya Nik Aziz semakin angkuh dan bongkak dengan sokongan yang diberikan oleh Rakyat Kelantan kepada beliau. Dulu semasa pemerintahan Datuk Asri, Nik Aziz telah mencabar bekas bosnya itu agar meletak jawatan. Beliau telah mengulangi beberapa kali perkataan " Kalau Anta tidak meletak jawatan Ana letak jawatan!" Begitulah laungan berulang-ulang beliau semasa Datuk Asri sedang berucap di Kelab PAS suatu masa dahulu. Adakah Nik Aziz akan melakukan perkara yang sama terhadap Hj Hadi sekiranya Presidennya itu tidak sebulu dengan beliau?


Kesian Hj Hadi.. Ibarat walaupun berkuasa tetapi terpaksa mengalah dengan Mursyidul Am PAS yang semakin gila kuasa dan populariti. Nik Aziz lebih suka membela Anwar Ibrahim berbanding Hj Hadi,.Apa sahaja yang Anwar kata Nik Aziz akan kata "ya". Apa yang Hadi kata belum tentu Nik Aziz kata "ya". Mungkin "tidak" atau mungkin "Kalau Anta tidak meletak jawatan Ana letak jawatan", ish.. ish.. ish.... Nik Aziz seolah-olah merasakan dirinya begitu berkuasa dalam PAS, sehinggakan sanggup memalukan Presidennya,..


Hj. Hadi dalam dilema.. Pengaruhnya semakin lama semakin berkurang.. Hanya orang-orang Terengganu sahaja yang sentiasa membelanya. Adakah Hj Hadi akan mengikut jejak Datuk Asri yang melompat ke dalam UMNO? JUARA NUSA begitu terharu melihat Hj. Hadi yang begitu takut akan Nik Aziz,.Kenapa? Mengapa? dan Bagaimana? sama-samalah kita tunggu dan lihat ape kesudahanya..

No comments:

Post a Comment