Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Thursday, February 11, 2010

Pemuda Umno Bahagian Tumpat Turun Gelanggang





Bicara Tumpat...



Salam 1 Malaysia


Pada tahun 2010 ,Pemuda Umno Bahagian Tumpat melalui Biro Sukan yang telah diketuai oleh Long Aswady Long Ideris telah merangka beberapa program kesukanan yang melibatkan pemuda-pemuda di peringkat cawangan dan juga peti undi.


Program yang dirangka ini adalah dengan kerjasama ketua-ketua pemuda cawangan dan juga ahli-ahli pemuda cawangan dalam mengeratkan lagi perpaduan di sampingkan menerapkan amalan dan gaya hidup sihat di kalangan muda-mudi.


Perlawanan persahabatan pertama telah diadakan pada tahun ini telah diadakan pada sebelah petang di gelanggang Futsal Pusat Khidmat Rakyat Dun Pengkalan Kubor.Perlawanan persahabatan yang melibatkan Pemuda Umno Bahagian dan Pemuda Umno cawangan ini telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut.

Cawangan Pemuda yang pertama menjadi lawan kepada perlawanan persahabatan dengan Pemuda Bahagian pada tahun ini ialah pemuda cawanga Tanjung Kuala dan pemuda cawangan Telaga Bata.

Perlawanan persahabatan yang bermatlamatkan untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan
pemuda ini juga turut disertai oleh Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian berserta dan biro-biro politiknya.


Pada perlawanan persahabatan itu,Pemuda Umno Bahagian Tumpat telah tewas kedua-dua perlawanan persahabatan itu.Perlawanan yang melibatkan Pemuda Umno Bahagian dengan Pemuda Umno Cawangan Tanjung Kuala,Pemuda Bahagian telah tewas dengan jaringan 15 gol berbalas 14 gol.Manakala perlawanan pada hari kedua yang melibatkan perlawanan dengan pasukan Pemuda Cawangan Telaga Bata,Pemuda Bahagian juga telah tewas dengan jaringan tipis iatu dengan 21 gol berbalas 20 walaupun pihak Pemuda Bahagian telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan melancarkan serangan yang bertali arus tetapi tetap dihampakan oleh jaringan pada minit akhir.


Walaupun Pemuda Umno Bahagian telah tewas kedua-dua perlawanan persahabatan itu tetapi pihak Pemuda Umno bahagian tetap berpuas hati kerana dari segi objektif untuk mengeratkan kerjasama dan mewujudkan perpaduan telah berjaya dicapai.

Dalam perlawanan persahabatan ini juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tumpat telah menyerahkan bola dan peralatan sukan kepada pemuda cawangan sebagai cenderahati kerana sudi menerima pelawaan Pemuda Umno Bahagian dalam perlawanan futsal ini.

Pihak Pemuda Umno Bahagian juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pemuda dan ahli pemuda cawangan kerana sudi memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tumpat.


Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan gelanggang futsal Pusat Khidmat Rakyat Dun Pengkalan Kubor kerana sudi menyediakan gelanggang futsal untuk digunakan oleh
Pemuda Umno Bahagian Tumpat secara percuma.

Pemuda Tumpat juga mengalukan-alukan kepada pemuda-pemuda Umno cawangan yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak pemuda boleh menghubungi Pengerusi Biro Sukan Pemuda Umno Bahagian Tumpat iaitu,Long Aswady long Ideris(Abe Morak) di talian bebas tol 0148008929.

Pemuda Umno Bahagian Tumpat Vs Pemuda Umno Cawangan Telaga Bata


Pemuda Umno Bahagian Vs Pemuda Umno Cawangan Tanjong Kuala


"Majulah Sukan Demi Oghe Muda Kelate"

No comments:

Post a Comment