Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tuesday, February 9, 2010

Pemimpin Bersama Masyarakat Tionghua




Bicara Tumpat....



Salam 1 Malaysia,


Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi maka bagi memeriahkan lagi program sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini barisan kepimpinan UMNO dan MCA bahagian Tumpat telah mengadakan program Pemimpin Bersama Masyarakat Tionghua di Dun Wakaf Bharu.


Program yang telah diadakan di Kg.Padang Rokma pada 08 Februari 2010, jam 8.00 malam itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan yang mana mampu menghimpunkan 500 orang masyarakat Tionghua dan berjalan lancar dalam keadaan yang sungguh meriah serta penuh dengan semangat 1 Malaysia kerana ia juga dihadiri oleh kaum Melayu yang tinggal di kawasan sekitarnya.


Walaupun program ini dirangka khusus untuk masyarakat Tionghua tetapi pemimpin masyarakat Melayu yang tinggal di kawasn sekitar Wakaf Bharu juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis di samping menyahut seruan Perdana Menteri dalam menjayakan misi Gagasan 1 Malaysia yang berteraskan kepada perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.


Program yang diadakan ini telah dihadiri oleh Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat merangkap Penyelaras Dun Wakaf Bharu, Ah Fatt selaku Ketua MCA Bahagian Tumpat,Tiew Ah Weing selaku Pengerusi Gerakan Wakaf Bharu,Ajk Umno Bahgaian,Ajk MCA Bahagian,Ajk Pemuda Umno Bahagian dan pemimpin-pemimpin Umno dan MCA Dun Wakaf Bharu.


Program bersama masyarakat Tionghua ini juga telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz selaku Penyelaras Dun Wakaf Bharu yang mana dalam ucapannya menyeru supaya masyarakat Tionghua di Parlimen Tumpat ini,khususnya dalam Dun Wakaf Bharu hidup dalam penuh semangat bersatu padu dan menyahut seruan Perdana Menteri dalam merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.Beliau juga menyatakan bahawa kepimpinan bahagian Tumpat tidak akan meminggirkan masyarakat Tionghua dalam apa jua program yang akan dilaksanakan kelak.


Ucapan beliau yang penuh dengan semangat perpaduan itu telah berjaya menyuntik semangat dan menyentuh kalbu hadirin yang hadir pada program itu.Dengan semangat perpaduan sesama masyarakat yang berjaya dijelaskan dan disuntik oleh beliau melalui ucapan itu secara tidak langsung telah memberikan impak yang besar kepada visi dan misi Perdana Menteri dalam merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.


Program ramah mesra ini juga dimeriahkan lagi dengan majlis penyampaian buah limau mandarin kepada hadirin sebanyak 600 kotak.Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz selaku Penyelaras Dun Wakaf Bharu.Majlis ini juga turut dihadiri oleh isteri beliau yang sama-sama membantu dalam menyampaikan buah limau mandarin kepada masyarakat Tionghua.


Dengan adanya program sebegini,selain mampu mengeratkankan lagi perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di Parlimen Tumpat ini,khususnya di Dun Wakaf Bharu ini yang mempunyai hampir 1600 pengundi cina, ia juga membuktikan bahawa barisan kepimpinan bahagian Tumpat ini tidak pernah meminggirkan masyarakat Tionghua dalam setiap program yang dijalankan.



Gambar-gambar menarik Program
Pemimpin Bersama Masyarakat Tionghua Dun Wakaf Bharu


Tn.Hj.Rosdi (Baju Hitam) bersma isteri sedang menyampaika limau mandarin kepada hadirin

Masyarkat Tionghua yang hadir beramah mesra bersama pemimpin

Tn.Hj.Rosdi dan Ah Fatt,Pengerusi MCA Tumpat(Dua Dari Kanan)

Tn.Hj.Rosdi begitu bersemangat menyampaikan ucapan

Masyarakat Tionghua bersemangat mendengar ucapan dari pmimpin mereka

Masyarakat Tionghua bersemangat mendengar ucapan dari pmimpin mereka

No comments:

Post a Comment