Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Wednesday, June 23, 2010

Juara Rakyat :Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Tumpat Meraikan Pengundi Baru

Program:Majlis Makan Malam Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Tumpat Bersama Pengundi Baru
Tempat :Galeri Tg.Anis Pengkalan Kubor, Tumpat.
Tarikh : 21 JUN 2010
Masa :9.00 Malam

Pengisian Program

1- Ucapan Datuk hj.Noor Zahidi Hj.Omar(Ketua UMNO Bahagaian)

2-Persembahan Dikir Barat Wanita UMNO
3-Persembahan Nyanyian Penyanyi Jemputan
4-Persembahan Nyanyian Pemuda & Puteri
5-Cabutan Bertuah
6-Penyampaian Cenderahati


MAJLIS MALAM MESRA BERSAMA PEMIMPIN


KETIBAAN DATUK HJ.NOOR ZAHIDI HJ.OMAR(KETUA UMNO BAHAGIAN TUMPAT BERSAMA ISTERI(DATIN MUNA)


PERSEMBAHAN DIKIR BARAT WANITA UMNO BAHAGIAN TUMPAT


PERSEMBAHAN NASYID OLEH PUTERI UMNO BAHAGIAN TUMPAT


TN.HJ.ROSDI ABD.AZIZ (TIMBALAN KETUA UMNO )TURUT SAMA MELAYAN HADIRIN


SDR.ROSIDI HJ.MAHMUD KAMARUDIN MELAYAN PEMUDA YANG HADIR


DATUK DI MAKAN BERSAMA PEMUDA


PEMUDA DAN PEMUDA MASYARAKAT SIAM JUGA TURUT HADIR SAMA


DATIN MUNA JUGA TURUT SAMA MELAYAN PUTERI YANG HADIR


MAJLIS DIMERIAHKAN LAGI DENGAN SAMBUTAN HARI BAPA YANG DISEMPURNAKAN OLEH DATUK DI

TN.HJ.ROSDI AZIZ JUGA BERKESEMPATAN MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU

DATUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI CABUTAN BERTUAH

Thursday, June 10, 2010

Juara Rakyat Bersama Golongan Petani Parlimen Tumpat

Tarikh :08 JUN 2010
Tempat :Dewan Bunga Raya,Pantai Sri Tujoh,Tumpat Kelantan.
Masa :9.30 Pagi


Kaunter Pendaftaran

Input Pertanian untuk golongan Petani Parlimen Tumpat

Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar sedang menyampaikan sijil kepada penerima bantuan alatan pertanian

Pemuda UMNO Bahagian Tumpat turut mengambil bahagian

Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar sedang menyampaikan ucapan dan amanat

Antara penerima dan pemimpim masyarakat yang turut hadir

Datuk Dee bergambar kenangan dengan penerima bantuan alatan pertanian

Antara alatan pertanian yang diberikan kepada penerima

Thursday, June 3, 2010

Isyarat Anwar untuk Pas

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

pengarang@utusan.com.my

PAS sepatutnya menganggap tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan akan wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) II daripada pemimpin DAP adalah isyarat awal kepada mereka.

Tidak kisah sama ada Anwar membuat keputusan sendiri atau berpakat dengan DAP dalam soal itu. Yang jelas, ia adalah isyarat awal kepada Pas bahawa selama ini, parti itu hanya dijadikan alat untuk mendapat sokongan Melayu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sebab itulah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tahu mengenainya. Malah Pas juga tidak dimaklumkan mengenai pemilihan Anwar sebagai calon utama Perdana Menteri (PM).

Sebenarnya, PKR dan DAP tidak ikhlas berkawan dengan Pas. Kalau mereka ikhlas, sudah pasti soal yang begitu penting akan dibincangkan bersama.

Alasan beberapa pemimpin PKR bahawa apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah pandangan peribadi beliau juga boleh dipersoalkan.

Apa yang nyata, Anwar membelakangkan Pas termasuk dalam soal calon utama sebagai PM jika pakatan pembangkang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bagi Anwar, walaupun membawa Pas masuk sebagai salah satu anggota dalam pakatan pembangkang, namun parti itu bukanlah suara utama yang perlu didengari.

Penasihat PKR itu lebih mengutamakan DAP dan atas sebab itulah, dalam soal apa sekali pun, Anwar mendahulukan DAP. Beliau tidak pernah fikir apa pandangan dan pendirian Pas.

Anwar amat menyedari sikap Pas yang terlalu inginkan kuasa politik. Justeru, Pas tidak akan membantah, sebaliknya akan mengikut apa saja telunjuk PKR dan DAP.

Soalnya, wajarkah Pas dilayan sedemikian rupa? Pas sepatutnya sedar ia bukanlah sebuah parti yang ibarat melukut di tepi gantang atau terpaksa 'menyembah' kedua-dua parti berkenaan untuk berkongsi kuasa.

Pas mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri dalam arena politik tanah air. Mungkin selama ini, Pas tidak pernah memerintah negara tetapi sekurang-kurangnya tiga buah negeri termasuk Terengganu sudah pernah berada di dalam genggaman Pas.

Berbanding dengan PKR dan DAP, Pas jauh lebih berwibawa serta tokoh-tokohnya lebih dihormati di kalangan rakyat.

Inilah hakikat yang perlu difahami oleh pemimpin dan ahli Pas yang begitu taksub menyanjung kerjasama dengan PKR dan DAP sehinggakan keyakinan mereka terhadap parti sendiri semakin luntur. Mereka begitu percaya hanya dengan bekerjasama dengan kedua-dua parti itu sahaja, Pas akan mampu menjadi sebuah parti yang kuat.

Mereka sudah kabur dengan ketokohan pemimpin sendiri, sebaliknya lebih menyanjungi Anwar.

Seperkara lagi, kenyataan Anwar bahawa beliau menjadi calon utama PM memberi isyarat kepada Pas bahawa parti itu tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang ditandingi oleh PKR dan DAP.

Atas dasar kesepakatan bersama, Pas juga mungkin akan didesak mengorbankan kerusinya kepada PKR seperti mana yang berlaku di Kelantan.

Lebih daripada itu, kenyataan Anwar juga boleh dianggap ingin memberitahu Pas bahawa mereka tidak mempunyai pemimpin yang layak menjadi PM.

Oleh itu, tidak payahlah mana-mana pemimpin atau ahli parti berkenaan berangan-angan untuk melihat ada pemimpin Pas akan menjadi pemimpin utama di dalam pakatan pembangkang.

Apa yang berlaku, Pas hanya dijadikan 'alat' oleh Anwar dan pemimpin DAP untuk menunjukkan kepada rakyat apa juga yang mereka lakukan mendapat restu pemimpin Pas, walaupun ada antaranya bertentangan dengan prinsip perjuangan Pas.

Ketika diminta mengulas perkara ini, seorang pemimpin muda Pas ternyata kecewa dengan kenyataan Anwar, apatah lagi apa yang diperkatakan tidak dibawa berbincang dengan parti itu.

''Tidak kiralah pandangan peribadi atau tidak tetapi yang pasti Anwar sudah ada kecenderungan untuk meminggirkan suara Pas,'' katanya ketika dihubungi.

Itulah hakikat sebenar tetapi semua itu berlaku kerana sebahagian kepimpinan Pas terlalu taksub dan ghairah untuk mencatat kejayaan di dalam pilihan raya kelak.

Tanpa mengambil kira kesannya kepada perjuangan dan kedudukan parti, Pas lebih fokus untuk berkongsi matlamat bersama PKR dan DAP demi menumbangkan BN.

Sikap itulah yang membuka laluan kepada PKR dan DAP untuk memandang Pas 'sebelah mata' sahaja. Apa juga yang mereka lakukan, mereka tidak akan memikirkan pendirian atau pegangan Pas.

Kesudahannya, ia mendatangkan kerugian politik kepada Pas apabila dianggap hanya menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Anwar adalah seorang politikus yang licik, beliau amat memahami bagaimana untuk memanipulasikan Pas di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu.

Beliau juga bijak bermain kata-kata bagi mempengaruhi pengundi bukan Melayu. Sebab itulah, Anwar begitu terbuka bercakap soal pelantikan TPM II untuk DAP.

Matlamat Anwar hanya satu iaitu menjadi PM, soal sama ada tindakannya akan menjejaskan rakan-rakan dalam pakatan terutamanya Pas bukanlah menjadi perhitungan utama.

Oleh itu, persoalan yang timbul kini sampai bilakah Pas akan merelakan dirinya diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP?

Apa yang diperkatakan oleh Anwar sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak kisah sama ada cadangannya akan diprotes oleh Pas atau tidak.

Sebelum ini pun, sama ada PKR atau DAP, mereka tidak pernah mempedulikan perasaan Pas, walaupun ketiga-tiga parti bersama-sama berada di dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

Justeru, jika Pas benar-benar ingin mengetahui keikhlasan PKR dan DAP, mereka perlu memutuskan dari sekarang berapa jumlah kerusi yang mereka akan dapat untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti dan apakah posisi Pas di dalam Kabinet bayangan Anwar.

Jangan sampai di dalam keghairahan Pas untuk terus mempertahankan kerjasamanya dengan kedua-dua parti tersebut, akhirnya Pas akan menerima nasib 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.'

Rombakan Kabinet

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.

Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.

Dalam pemilihan MCA pada Mac lalu, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Ja

watan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.

Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.

S

ementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang beralih ke Kementerian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai timbalan menteri.

Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru.

Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA yang baru, Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Donald menggambil-alih jawatan Chee Heung.

P

erdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini.

Berikut senarai rombakan berkenaan:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pemuda BN dan NGO anjur "Rally 1 Malaysia"

Pemuda BN bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan 'Rally 1Malaysia' bagi memperjelaskan dasar kerajaan dan mendapatkan maklumbalas terhadap pelaksanaan dasar daripada rakyat.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata program itu adalah sebagai terjemahan aspirasi dan sokongan Pemuda terhadap gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata program itu yang disasarkan mendapat penyertaan lebih 15,000 orang termasuk golongan belia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Jun ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

"Dalam program ini, kita akan turun ke bawah membawa mesej kerajaan serta untuk mendapatkan maklumbalas terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan apa yang akan dilaksanakan. Untuk program ini juga, kita menawarkan pengisian yang mampu menarik minat dan menzahirkan kreativiti rakyat khususnya orang muda.


"Jadi kita fikir ini adalah perkara baik yang perlu disertai oleh semua tidak kira bangsa dan agama. Ini bukan soal politik, tetapi kebangsaan. Yang penting kita nak tahu pemahaman dan harapan mereka mengenai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk Pemuda Umno di ibunegara hari ini.

Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program itu turut diselitkan dengan program bantahan terhadap kekejaman rejim Israel yang menyerang satu daripada sembilan kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.


"Kita akan lancarkan satu program bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis menerusi SMS dan sumbangan menerusi SMS itu akan kita salurkan kepada Tabung Untuk Gaza yang dianjurkan Wisma Putra. Pada masa ini, kita masih berbincang dengan pihak telco.


"Kita harap semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa bersama-sama mendoakan keselamatan 12 rakyat Malaysia yang kini berada di Jordan serta kumpulan yang masih berada di perairan dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel itu," katanya yang menjangkakan SMS itu dapat dilancarkan Jumaat ini.

Najib diminta pertimbang Khairy dalam kabinet




Pemuda Umno Sabah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.

Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini.

“Pemuda Kelantan berharap pada masa akan datang, kepercayaan akan diberikan kepada Pemuda untuk berada di dalam kabinet.

“Bukan bermaksud pada masa sekarang kami tidak mendapat kepercayaan, cuma pada masa akan datang, Pemuda diberi peluang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan pula berkata "ia tidak menjadi masalah" jika Khairy tidak dapat memegang apa-apa jawatan dalam kabinet kerana perjuangan Pemuda adalah untuk parti.

Tambahnya, rombakan kabinet yang berlaku hanyalah "satu rombakan kecil" dan tidak melibatnya komponen Umno yang besar.

"Rombakan kecil itu antaranya ekoran pilihan raya yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini," katanya.

Rakan sejawatannya dari Kedah, Badrul Hisham Hashim turut bersependapat dengan rakan seangkatannya itu dan akur dengan keputusan Najib dalam memilih anggota kabinetnya yang baru.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Khairy yang tidak termasuk di dalam senarai rombakan kabinet semalam.

Sebelum ini, ketua pergerakan Pemuda Umno sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuk antaranya, Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Anwar guna umpan besar…

Siapa sahaja yang mempunyai akal politik yang panjang pasti akan buat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rugi apa ‘ jual janji’.

Umpan besarnya yang tentu mengiurkan ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang dapat tawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-13.

“Kalau kita menang,kalau ada ruang,apa salahnya, dua, tiga timbalan Perdana Menteri.,Ada muslim,ada Cina ,ada Kristian..ini diputus kemudian”.

Itu katanya di penutup Kongres Nasional PKR di Kota Bharu Ahad. Hajat Anwar nak memancing menggunakan umpan besar itu bagi menarik sokongan bukan Melayu bukan satu berita baru.


Sebelum ini ia pernah didedahkan oleh bekas rakan karibnya yang juga bekas Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim.


Kata Zahrain Ketua Pembangkang itu bukan sahaja nak melantik pemimpin DAP tetapi dua lagi Timbalan Perdana Menteri yang akan diwakili PAS dan pemimpin sama ada dari Sabah atau Sarawak.

Maka jumlahnya tiga seperti yang Anwar beritahu.

Siapa tahu di depan masyarakat India nanti beliau akan menyebut satu lagi menjadikannya empat Timbalan Perdana Menteri.

Bagi Anwar yang sedang berdepan dengan perbicaraan kes liwat beliau tidak rugi satu sen pun berjanji bulan dan bintang.

Begitu juga halnya apabila menyifatkan hakim yang mengendalikan kes liwatnya sebagai bahalol dan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' .

Anwar peduli apa kalau kenyataan seumpama itu menghina mahkamah atau apa orang Melayu rasa tentang janjinya nak lelong jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali geram habis dengan cara Anwar yang dianggapnya ' buka pintu' kepada segala-galanya semata-mata untuk mengejar hajatnya nak jadi Perdana Menteri.


Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu telah menggunakan bahasa yang 'cukup kasar' terhadap Anwar untuk melepas geramnya semasa berucap di majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputra di PTWC Sabtu malam.

Pokok pangkalnya Anwar peduli apa. He got nothing to lose …lebih-lebih lagi apabila bayang bekas coffeboy nya Saiful Bukhari Azlan terus menerus ‘ bikin rosak program’.-31/5/2010