Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Thursday, June 3, 2010

Anwar guna umpan besar…

Siapa sahaja yang mempunyai akal politik yang panjang pasti akan buat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rugi apa ‘ jual janji’.

Umpan besarnya yang tentu mengiurkan ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang dapat tawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-13.

“Kalau kita menang,kalau ada ruang,apa salahnya, dua, tiga timbalan Perdana Menteri.,Ada muslim,ada Cina ,ada Kristian..ini diputus kemudian”.

Itu katanya di penutup Kongres Nasional PKR di Kota Bharu Ahad. Hajat Anwar nak memancing menggunakan umpan besar itu bagi menarik sokongan bukan Melayu bukan satu berita baru.


Sebelum ini ia pernah didedahkan oleh bekas rakan karibnya yang juga bekas Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim.


Kata Zahrain Ketua Pembangkang itu bukan sahaja nak melantik pemimpin DAP tetapi dua lagi Timbalan Perdana Menteri yang akan diwakili PAS dan pemimpin sama ada dari Sabah atau Sarawak.

Maka jumlahnya tiga seperti yang Anwar beritahu.

Siapa tahu di depan masyarakat India nanti beliau akan menyebut satu lagi menjadikannya empat Timbalan Perdana Menteri.

Bagi Anwar yang sedang berdepan dengan perbicaraan kes liwat beliau tidak rugi satu sen pun berjanji bulan dan bintang.

Begitu juga halnya apabila menyifatkan hakim yang mengendalikan kes liwatnya sebagai bahalol dan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' .

Anwar peduli apa kalau kenyataan seumpama itu menghina mahkamah atau apa orang Melayu rasa tentang janjinya nak lelong jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali geram habis dengan cara Anwar yang dianggapnya ' buka pintu' kepada segala-galanya semata-mata untuk mengejar hajatnya nak jadi Perdana Menteri.


Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu telah menggunakan bahasa yang 'cukup kasar' terhadap Anwar untuk melepas geramnya semasa berucap di majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputra di PTWC Sabtu malam.

Pokok pangkalnya Anwar peduli apa. He got nothing to lose …lebih-lebih lagi apabila bayang bekas coffeboy nya Saiful Bukhari Azlan terus menerus ‘ bikin rosak program’.-31/5/2010

No comments:

Post a Comment