Tempat :Dewan Bunga Raya,Pantai Sri Tujoh,Tumpat Kelantan.
Masa :9.30 Pagi
Buke Nok Ngato,Buke Nok Ngumpat, Tok Sunggoh Tok Kato,kalu Tok Cayo Baco Bicara Tumpat.
PAS sepatutnya menganggap tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan akan wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) II daripada pemimpin DAP adalah isyarat awal kepada mereka.
Tidak kisah sama ada Anwar membuat keputusan sendiri atau berpakat dengan DAP dalam soal itu. Yang jelas, ia adalah isyarat awal kepada Pas bahawa selama ini, parti itu hanya dijadikan alat untuk mendapat sokongan Melayu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Sebab itulah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tahu mengenainya. Malah Pas juga tidak dimaklumkan mengenai pemilihan Anwar sebagai calon utama Perdana Menteri (PM).
Sebenarnya, PKR dan DAP tidak ikhlas berkawan dengan Pas. Kalau mereka ikhlas, sudah pasti soal yang begitu penting akan dibincangkan bersama.
Alasan beberapa pemimpin PKR bahawa apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah pandangan peribadi beliau juga boleh dipersoalkan.
Apa yang nyata, Anwar membelakangkan Pas termasuk dalam soal calon utama sebagai PM jika pakatan pembangkang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Bagi Anwar, walaupun membawa Pas masuk sebagai salah satu anggota dalam pakatan pembangkang, namun parti itu bukanlah suara utama yang perlu didengari.
Penasihat PKR itu lebih mengutamakan DAP dan atas sebab itulah, dalam soal apa sekali pun, Anwar mendahulukan DAP. Beliau tidak pernah fikir apa pandangan dan pendirian Pas.
Anwar amat menyedari sikap Pas yang terlalu inginkan kuasa politik. Justeru, Pas tidak akan membantah, sebaliknya akan mengikut apa saja telunjuk PKR dan DAP.
Soalnya, wajarkah Pas dilayan sedemikian rupa? Pas sepatutnya sedar ia bukanlah sebuah parti yang ibarat melukut di tepi gantang atau terpaksa 'menyembah' kedua-dua parti berkenaan untuk berkongsi kuasa.
Pas mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri dalam arena politik tanah air. Mungkin selama ini, Pas tidak pernah memerintah negara tetapi sekurang-kurangnya tiga buah negeri termasuk Terengganu sudah pernah berada di dalam genggaman Pas.
Berbanding dengan PKR dan DAP, Pas jauh lebih berwibawa serta tokoh-tokohnya lebih dihormati di kalangan rakyat.
Inilah hakikat yang perlu difahami oleh pemimpin dan ahli Pas yang begitu taksub menyanjung kerjasama dengan PKR dan DAP sehinggakan keyakinan mereka terhadap parti sendiri semakin luntur. Mereka begitu percaya hanya dengan bekerjasama dengan kedua-dua parti itu sahaja, Pas akan mampu menjadi sebuah parti yang kuat.
Mereka sudah kabur dengan ketokohan pemimpin sendiri, sebaliknya lebih menyanjungi Anwar.
Seperkara lagi, kenyataan Anwar bahawa beliau menjadi calon utama PM memberi isyarat kepada Pas bahawa parti itu tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang ditandingi oleh PKR dan DAP.
Atas dasar kesepakatan bersama, Pas juga mungkin akan didesak mengorbankan kerusinya kepada PKR seperti mana yang berlaku di Kelantan.
Lebih daripada itu, kenyataan Anwar juga boleh dianggap ingin memberitahu Pas bahawa mereka tidak mempunyai pemimpin yang layak menjadi PM.
Oleh itu, tidak payahlah mana-mana pemimpin atau ahli parti berkenaan berangan-angan untuk melihat ada pemimpin Pas akan menjadi pemimpin utama di dalam pakatan pembangkang.
Apa yang berlaku, Pas hanya dijadikan 'alat' oleh Anwar dan pemimpin DAP untuk menunjukkan kepada rakyat apa juga yang mereka lakukan mendapat restu pemimpin Pas, walaupun ada antaranya bertentangan dengan prinsip perjuangan Pas.
Ketika diminta mengulas perkara ini, seorang pemimpin muda Pas ternyata kecewa dengan kenyataan Anwar, apatah lagi apa yang diperkatakan tidak dibawa berbincang dengan parti itu.
''Tidak kiralah pandangan peribadi atau tidak tetapi yang pasti Anwar sudah ada kecenderungan untuk meminggirkan suara Pas,'' katanya ketika dihubungi.
Itulah hakikat sebenar tetapi semua itu berlaku kerana sebahagian kepimpinan Pas terlalu taksub dan ghairah untuk mencatat kejayaan di dalam pilihan raya kelak.
Tanpa mengambil kira kesannya kepada perjuangan dan kedudukan parti, Pas lebih fokus untuk berkongsi matlamat bersama PKR dan DAP demi menumbangkan BN.
Sikap itulah yang membuka laluan kepada PKR dan DAP untuk memandang Pas 'sebelah mata' sahaja. Apa juga yang mereka lakukan, mereka tidak akan memikirkan pendirian atau pegangan Pas.
Kesudahannya, ia mendatangkan kerugian politik kepada Pas apabila dianggap hanya menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.
Anwar adalah seorang politikus yang licik, beliau amat memahami bagaimana untuk memanipulasikan Pas di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu.
Beliau juga bijak bermain kata-kata bagi mempengaruhi pengundi bukan Melayu. Sebab itulah, Anwar begitu terbuka bercakap soal pelantikan TPM II untuk DAP.
Matlamat Anwar hanya satu iaitu menjadi PM, soal sama ada tindakannya akan menjejaskan rakan-rakan dalam pakatan terutamanya Pas bukanlah menjadi perhitungan utama.
Oleh itu, persoalan yang timbul kini sampai bilakah Pas akan merelakan dirinya diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP?
Apa yang diperkatakan oleh Anwar sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak kisah sama ada cadangannya akan diprotes oleh Pas atau tidak.
Sebelum ini pun, sama ada PKR atau DAP, mereka tidak pernah mempedulikan perasaan Pas, walaupun ketiga-tiga parti bersama-sama berada di dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.
Justeru, jika Pas benar-benar ingin mengetahui keikhlasan PKR dan DAP, mereka perlu memutuskan dari sekarang berapa jumlah kerusi yang mereka akan dapat untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti dan apakah posisi Pas di dalam Kabinet bayangan Anwar.
Jangan sampai di dalam keghairahan Pas untuk terus mempertahankan kerjasamanya dengan kedua-dua parti tersebut, akhirnya Pas akan menerima nasib 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.'
Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.
Dalam pemilihan MCA pada Mac lalu, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.
Ja
![]() |
Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.
S
![]() |
Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang beralih ke Kementerian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai timbalan menteri.
![]() |
Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
P
![]() |
Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini.
Berikut senarai rombakan berkenaan:
1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.
![]() |
| |
![]() |
Siapa sahaja yang mempunyai akal politik yang panjang pasti akan buat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rugi apa ‘ jual janji’.Umpan besarnya yang tentu mengiurkan ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang dapat tawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-13.
“Kalau kita menang,kalau ada ruang,apa salahnya, dua, tiga timbalan Perdana Menteri.,Ada muslim,ada Cina ,ada Kristian..ini diputus kemudian”.Sebelum ini ia pernah didedahkan oleh bekas rakan karibnya yang juga bekas Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim.
Kata Zahrain Ketua Pembangkang itu bukan sahaja nak melantik pemimpin DAP tetapi dua lagi Timbalan Perdana Menteri yang akan diwakili PAS dan pemimpin sama ada dari Sabah atau Sarawak.
Maka jumlahnya tiga seperti yang Anwar beritahu.Siapa tahu di depan masyarakat India nanti beliau akan menyebut satu lagi menjadikannya empat Timbalan Perdana Menteri.
Bagi Anwar yang sedang berdepan dengan perbicaraan kes liwat beliau tidak rugi satu sen pun berjanji bulan dan bintang.Begitu juga halnya apabila menyifatkan hakim yang mengendalikan kes liwatnya sebagai bahalol dan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' .
Anwar peduli apa kalau kenyataan seumpama itu menghina mahkamah atau apa orang Melayu rasa tentang janjinya nak lelong jawatan Timbalan Perdana Menteri.Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali geram habis dengan cara Anwar yang dianggapnya ' buka pintu' kepada segala-galanya semata-mata untuk mengejar hajatnya nak jadi Perdana Menteri.
Pokok pangkalnya Anwar peduli apa. He got nothing to lose …lebih-lebih lagi apabila bayang bekas coffeboy nya Saiful Bukhari Azlan terus menerus ‘ bikin rosak program’.-31/5/2010
Oleh: ROSLAN BIAN
Tidak pelik kalau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata beliau tidak tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang melantik pemimpin DAP mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri II, jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
Sebelum inipun ada cerita Anwar kalau jumpa kaum Cina cakap lain, jumpa India cakap lain dan jumpa orang Melayu cakap lain.
Jika rancangan itu berhasil, Ketua Pembangkang itu bukan sahaja melantik pemimpin DAP tetapi dua lagi timbalan perdana menteri yang akan diwakili PAS dan pemimpin sama ada dari Sabah atau Sarawak.
Namun satu dunia sudah tahun pelan 16 September yang diasaskan berdasarkan pembohongan tidak jadi kenyataan dan Anwar terus ‘meroyan’ hingga ke hari ini mengidam kerusi Perdana Menteri jika dapat menawan Putrajaya.
Jika berdasarkan temu bual Anwar dengan akhbar berbahsa Cina itu, beliau hanya menyebut tawaran kepada DAP sahaja.
Ini kerana Hadi menyatakan tidak tahu menahu mengenai tawaran Anwar kepada DAP itu kecuali seperti dilaporkan akhbar sahaja.
Parti berlabel Islam itu sudah banyak menabur jasa dan bakti kepada Anwar dan pakatan pembangkang terutama ketika pilihanraya kecil kerana PAS mempunyai jentera kempen yang terancang dan amat berkesan.
PAS juga sudah membenarkan parti itu diporak-perandakan oleh Anwar sehingga ujud kumpulan ulama dan Erdogan yang dianggap penyokong setia kepimpinan Ketua Pembangkang itu.
Lebih malang lagi ada blog mencipta karekator menggambarkan kepimpinan PAS pecah empat kepada kumpulan ‘Ulama’, ‘Fulamak”.‘Ulor mak’ dan ‘Alamakk’.
Datuk Dr Harun Din dan Nasaruddin Mat Isa digambarkan pemimpin ulama, Hadi dan Datuk Seri Azizan Razak (Fulamak), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahmad Awang (Ulor mak) manakala Datuk Seri Nizar Jamaluddin,Datuk Husam Musa dan Khalid Samad dalam kumpulan Alamakk.
Sama ada pecah dua, tiga atau tempat, PAS sudah membiarkan parti itu rosak dengan membenarkan Anwar menumpang mengembang pengaruhnya.
Anwar ibarat Dedalu Api – jenis pokok tumpang yang menjahanamkan pokok asalnya.
Amat malang jika kerosakan demi kerosakan terus berlaku dalam PAS gara-gara Anwar sedangkan dalam masa sama DAP terus mengukuh kedudukan di Parlimen dengan pertambahan 29 kerusi berbanding PKR (24) dan PAS (23).
Pengakuan Anwar mahu menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada DAP harus membuka mata pemimpin-pemimpin PAS yang masih kekal dengan perjuangan asal bahawa parti itu hanya jadi kuda tunggangan Anwar semata-mata.
Cukuplah PAS menunggu bulan jatuh ke riba atau mahu menumpang tuah Anwar andai mahu berada dalam Kabinet bayangan Anwar di Putrajaya.
Anwar ibarat enau di belukar yang melepaskan pucuknya sahaja dan walaupun ada beberapa lagi wakil rakyat PKR keluar parti menyebabkan kerusi parlimen PKR makin merosot, Anwar tetap mahu jadi Perdana Menteri.
Orang Melayu dan sebilangan jemaah PAS masih sayangkan parti itu tetapi jika pemimpin PAS masih membutakan mata, memekakkan telinga, ahkirnya PAS akan hilang ibarat bulan yang ditelan awan.
Sebab itulah Muktamar Tahunan PAS Ke-56 pada 11 hingga 13 Jun depan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa, Kelantan, harus jadi ruang bermuhasabah diri pemimpin-pemimpin PAS yang masih sayangkan parti itu.
Tidak mengapa jika parti itu menolak kerjasama atau perpaduan dengan UMNO asalkan PAS kembali kepada perjuangan asal dan buktikan parti itu lebih kukuh daripada PKR yang baru setahun jagung.
Pucuk pimpinan tertinggi PAS perlu berani mendesak mata-mata pemimpin dalam parti itu yang tidak bersetuju dengan kepimpinan ulama yang ada sekarang, mereka harus keluar parti.
Kumpulan Erdogan ini boleh memilih bersama-sama PKR ataupun DAP.
PAS tidak rugi menyingkirkan beberapa kerat pemimpin ini kerana ramai lagi pemimpin pelapis dalam PAS yang boleh menggalas cabaran dalam parti dan pilihanraya umum akan dating.
Soalnya, beranikah Hadi, Nasaruddin dan Datuk Mustapa Ali selagi mereka masih dibayangi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?
Bagaimanapun, mereka harus ingat bahawa pokok yang sudah tua, lama-kelamaan akan menyembah bumi juga begitu juga dengan Nik Aziz malah PAS sendiri jika mereka masih mahu bertuankan Anwar dan Nik Aziz. -31/5/2010