Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Thursday, June 3, 2010

Rombakan Kabinet

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.

Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.

Dalam pemilihan MCA pada Mac lalu, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Ja

watan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.

Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.

S

ementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang beralih ke Kementerian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai timbalan menteri.

Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru.

Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA yang baru, Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Donald menggambil-alih jawatan Chee Heung.

P

erdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini.

Berikut senarai rombakan berkenaan:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pemuda BN dan NGO anjur "Rally 1 Malaysia"

Pemuda BN bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan 'Rally 1Malaysia' bagi memperjelaskan dasar kerajaan dan mendapatkan maklumbalas terhadap pelaksanaan dasar daripada rakyat.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata program itu adalah sebagai terjemahan aspirasi dan sokongan Pemuda terhadap gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata program itu yang disasarkan mendapat penyertaan lebih 15,000 orang termasuk golongan belia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Jun ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

"Dalam program ini, kita akan turun ke bawah membawa mesej kerajaan serta untuk mendapatkan maklumbalas terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan apa yang akan dilaksanakan. Untuk program ini juga, kita menawarkan pengisian yang mampu menarik minat dan menzahirkan kreativiti rakyat khususnya orang muda.


"Jadi kita fikir ini adalah perkara baik yang perlu disertai oleh semua tidak kira bangsa dan agama. Ini bukan soal politik, tetapi kebangsaan. Yang penting kita nak tahu pemahaman dan harapan mereka mengenai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk Pemuda Umno di ibunegara hari ini.

Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program itu turut diselitkan dengan program bantahan terhadap kekejaman rejim Israel yang menyerang satu daripada sembilan kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.


"Kita akan lancarkan satu program bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis menerusi SMS dan sumbangan menerusi SMS itu akan kita salurkan kepada Tabung Untuk Gaza yang dianjurkan Wisma Putra. Pada masa ini, kita masih berbincang dengan pihak telco.


"Kita harap semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa bersama-sama mendoakan keselamatan 12 rakyat Malaysia yang kini berada di Jordan serta kumpulan yang masih berada di perairan dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel itu," katanya yang menjangkakan SMS itu dapat dilancarkan Jumaat ini.

Najib diminta pertimbang Khairy dalam kabinet




Pemuda Umno Sabah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.

Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini.

“Pemuda Kelantan berharap pada masa akan datang, kepercayaan akan diberikan kepada Pemuda untuk berada di dalam kabinet.

“Bukan bermaksud pada masa sekarang kami tidak mendapat kepercayaan, cuma pada masa akan datang, Pemuda diberi peluang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan pula berkata "ia tidak menjadi masalah" jika Khairy tidak dapat memegang apa-apa jawatan dalam kabinet kerana perjuangan Pemuda adalah untuk parti.

Tambahnya, rombakan kabinet yang berlaku hanyalah "satu rombakan kecil" dan tidak melibatnya komponen Umno yang besar.

"Rombakan kecil itu antaranya ekoran pilihan raya yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini," katanya.

Rakan sejawatannya dari Kedah, Badrul Hisham Hashim turut bersependapat dengan rakan seangkatannya itu dan akur dengan keputusan Najib dalam memilih anggota kabinetnya yang baru.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Khairy yang tidak termasuk di dalam senarai rombakan kabinet semalam.

Sebelum ini, ketua pergerakan Pemuda Umno sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuk antaranya, Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Anwar guna umpan besar…

Siapa sahaja yang mempunyai akal politik yang panjang pasti akan buat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rugi apa ‘ jual janji’.

Umpan besarnya yang tentu mengiurkan ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang dapat tawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-13.

“Kalau kita menang,kalau ada ruang,apa salahnya, dua, tiga timbalan Perdana Menteri.,Ada muslim,ada Cina ,ada Kristian..ini diputus kemudian”.

Itu katanya di penutup Kongres Nasional PKR di Kota Bharu Ahad. Hajat Anwar nak memancing menggunakan umpan besar itu bagi menarik sokongan bukan Melayu bukan satu berita baru.


Sebelum ini ia pernah didedahkan oleh bekas rakan karibnya yang juga bekas Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim.


Kata Zahrain Ketua Pembangkang itu bukan sahaja nak melantik pemimpin DAP tetapi dua lagi Timbalan Perdana Menteri yang akan diwakili PAS dan pemimpin sama ada dari Sabah atau Sarawak.

Maka jumlahnya tiga seperti yang Anwar beritahu.

Siapa tahu di depan masyarakat India nanti beliau akan menyebut satu lagi menjadikannya empat Timbalan Perdana Menteri.

Bagi Anwar yang sedang berdepan dengan perbicaraan kes liwat beliau tidak rugi satu sen pun berjanji bulan dan bintang.

Begitu juga halnya apabila menyifatkan hakim yang mengendalikan kes liwatnya sebagai bahalol dan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' .

Anwar peduli apa kalau kenyataan seumpama itu menghina mahkamah atau apa orang Melayu rasa tentang janjinya nak lelong jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali geram habis dengan cara Anwar yang dianggapnya ' buka pintu' kepada segala-galanya semata-mata untuk mengejar hajatnya nak jadi Perdana Menteri.


Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu telah menggunakan bahasa yang 'cukup kasar' terhadap Anwar untuk melepas geramnya semasa berucap di majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputra di PTWC Sabtu malam.

Pokok pangkalnya Anwar peduli apa. He got nothing to lose …lebih-lebih lagi apabila bayang bekas coffeboy nya Saiful Bukhari Azlan terus menerus ‘ bikin rosak program’.-31/5/2010

Cukup-cukuplah PAS tunggu bulan jatuh ke riba...

Tidak pelik kalau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata beliau tidak tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang melantik pemimpin DAP mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri II, jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.Ini kerana Ketua Pembangkang itu memang kerap cakap berbelit-belit.

Sebelum inipun ada cerita Anwar kalau jumpa kaum Cina cakap lain, jumpa India cakap lain dan jumpa orang Melayu cakap lain.Semua itu sudah tidak pelik bagi Ketua Umum PKR itu asalkan beliau dapat mempengaruhi kaum terbabit menyokong perjuangan dan impiannya mengambil alih kerajaan walaupun pelan 16 September 2008 menemui kegalagan.

Jika rancangan itu berhasil, Ketua Pembangkang itu bukan sahaja melantik pemimpin DAP tetapi dua lagi timbalan perdana menteri yang akan diwakili PAS dan pemimpin sama ada dari Sabah atau Sarawak.

Namun satu dunia sudah tahun pelan 16 September yang diasaskan berdasarkan pembohongan tidak jadi kenyataan dan Anwar terus ‘meroyan’ hingga ke hari ini mengidam kerusi Perdana Menteri jika dapat menawan Putrajaya.

Jika berdasarkan temu bual Anwar dengan akhbar berbahsa Cina itu, beliau hanya menyebut tawaran kepada DAP sahaja.Apa yang ingin dipersoalkan sekarang, apa akan jadi dengan PAS?

Ini kerana Hadi menyatakan tidak tahu menahu mengenai tawaran Anwar kepada DAP itu kecuali seperti dilaporkan akhbar sahaja.Sekiranya ini benar, maka Anwar ibarat kacang lupakan kulit apabila membelakangkan PAS dalam membuat keputusan mahu memilih timbalan perdana menteri dari kalangan pemimpin DAP.

Parti berlabel Islam itu sudah banyak menabur jasa dan bakti kepada Anwar dan pakatan pembangkang terutama ketika pilihanraya kecil kerana PAS mempunyai jentera kempen yang terancang dan amat berkesan.

PAS juga sudah membenarkan parti itu diporak-perandakan oleh Anwar sehingga ujud kumpulan ulama dan Erdogan yang dianggap penyokong setia kepimpinan Ketua Pembangkang itu.

Lebih malang lagi ada blog mencipta karekator menggambarkan kepimpinan PAS pecah empat kepada kumpulan ‘Ulama’, ‘Fulamak”.‘Ulor mak’ dan ‘Alamakk’.

Datuk Dr Harun Din dan Nasaruddin Mat Isa digambarkan pemimpin ulama, Hadi dan Datuk Seri Azizan Razak (Fulamak), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahmad Awang (Ulor mak) manakala Datuk Seri Nizar Jamaluddin,Datuk Husam Musa dan Khalid Samad dalam kumpulan Alamakk.

Sama ada pecah dua, tiga atau tempat, PAS sudah membiarkan parti itu rosak dengan membenarkan Anwar menumpang mengembang pengaruhnya.

Anwar ibarat Dedalu Api – jenis pokok tumpang yang menjahanamkan pokok asalnya.

Amat malang jika kerosakan demi kerosakan terus berlaku dalam PAS gara-gara Anwar sedangkan dalam masa sama DAP terus mengukuh kedudukan di Parlimen dengan pertambahan 29 kerusi berbanding PKR (24) dan PAS (23).

Pengakuan Anwar mahu menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada DAP harus membuka mata pemimpin-pemimpin PAS yang masih kekal dengan perjuangan asal bahawa parti itu hanya jadi kuda tunggangan Anwar semata-mata.

Cukuplah PAS menunggu bulan jatuh ke riba atau mahu menumpang tuah Anwar andai mahu berada dalam Kabinet bayangan Anwar di Putrajaya.

Anwar ibarat enau di belukar yang melepaskan pucuknya sahaja dan walaupun ada beberapa lagi wakil rakyat PKR keluar parti menyebabkan kerusi parlimen PKR makin merosot, Anwar tetap mahu jadi Perdana Menteri.

Orang Melayu dan sebilangan jemaah PAS masih sayangkan parti itu tetapi jika pemimpin PAS masih membutakan mata, memekakkan telinga, ahkirnya PAS akan hilang ibarat bulan yang ditelan awan.

Sebab itulah Muktamar Tahunan PAS Ke-56 pada 11 hingga 13 Jun depan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa, Kelantan, harus jadi ruang bermuhasabah diri pemimpin-pemimpin PAS yang masih sayangkan parti itu.

Tidak mengapa jika parti itu menolak kerjasama atau perpaduan dengan UMNO asalkan PAS kembali kepada perjuangan asal dan buktikan parti itu lebih kukuh daripada PKR yang baru setahun jagung.

Pucuk pimpinan tertinggi PAS perlu berani mendesak mata-mata pemimpin dalam parti itu yang tidak bersetuju dengan kepimpinan ulama yang ada sekarang, mereka harus keluar parti.

Kumpulan Erdogan ini boleh memilih bersama-sama PKR ataupun DAP.

PAS tidak rugi menyingkirkan beberapa kerat pemimpin ini kerana ramai lagi pemimpin pelapis dalam PAS yang boleh menggalas cabaran dalam parti dan pilihanraya umum akan dating.

Soalnya, beranikah Hadi, Nasaruddin dan Datuk Mustapa Ali selagi mereka masih dibayangi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Bagaimanapun, mereka harus ingat bahawa pokok yang sudah tua, lama-kelamaan akan menyembah bumi juga begitu juga dengan Nik Aziz malah PAS sendiri jika mereka masih mahu bertuankan Anwar dan Nik Aziz. -31/5/2010

Judi: Ibrahim Ali saman Setiausaha Agung PKR RM2 juta


Ingat lagi pasal dakwaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat Mac lalu bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali ada saham dalam syarikat judi, Ascot Sports milik ahli perniagaan Vincent Tan.

Rabu Ibrahim yang juga Presiden Perkasa memfailkan saman fitnah berjumlah RM2 juta terhadap , Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berhubung kenyataan yang didakwa memfitnahnya.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Rajindar Singh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur .

Menerusi pernyataan tuntutan, Ibrahim mendakwa Saifuddin secara palsu dan dengan berniat jahat di Suara Keadilan edisi minggu 27 April hingga 4 Mei lalu menyebarkan perkataan yang membabitkannya dengan perniagaan perjudian Tan Sri Vinsent Tan termasuk memegang saham judi di dalam syarikat itu.

Ibrahim yang menafikan dakwaan Saifuddin itu mendakwa, perkataan-perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkirkan dan diabaikan orang awam.

Katanya, pada 4 Mei lalu, melalui surat peguam cara, beliau telah menuntut permohonan maaf dan ganti rugi daripada Saifuddin tetapi tiada sebarang jawapan.

Selain ganti rugi am berjumlah RM2 juta, beliau turut menuntut satu injunksi melarang Anggota Parlimen Machang, Kelantan itu dengan sendiri atau melalui pekerja dan/atau ejen beliau daripada mengulangi perkataan yang sama terhadapnya.

Ibrahim memberitahu pemberita di luar mahkamah, peguamnya akan memfailkan saman ke atas akhbar Suara Keadilan esok atas alasan yang sama (fitnah).-2/6/2010

Sambutan Hari Ibu Parlimen Tumpat

Program Khas Jasa

Program : Sambutan Hari Ibu Parlimen Tumpat
Tarikh : 28Hb Mei 2010
Tempat : Kompleks Perpaduan Terbak,Tumpat Kelantan



PROGRAM JUARA RAKYAT WANITA

DATIN KAMARZAN(YDP PENAWAR) ANTARA VIP YANG HADIR MERASMIKAN SAMBUTAN HARI IBU

TN.HJ.ROSDI AB.AZIZ (TIMB.KETUA UMNO BAHAGIAN TUMPAT) TURUT HADIR BAGI PIHAK KETUA UMNO TUMPAT

NIK NORIZA(KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TUMPAT)MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN


PERSEMBAHAN NASYID OLEH WANITA DIADAKAN SEBELUM MAJLIS BERMULA

WANITA UMNO TUMPAT MENUNJUKKAN KEBOLEHAN BERDIKIR BARAT

ANTARA HADIRIN YANG HADIR PROGRAM SAMBUTAN HARI IBU

WANITA UMNO TUMPAT ANGGUN DENGAN PAKAIAN SERBA MERAH


HADIRIN TERPAKSA MENGAMBIL TEMPAT DILUAR DEWAN KERANA KERUSI DALAM DEWAN PENUH

W.HANAPI W.YAAKOB (NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN TUMPAT) DAN BARISAN AJK BAHAGIAN TURUT HADIR
KHEMAH JUGA DISEDIAKAN UNTUK HADIRIN KERANA KEHADIRAN ADALAH LUAR JANGKA

HADIRIN BERATUR UNTUK MENERIMA CENDERAHATI

ANTARA BARISAN PEMIMPIN UMNO TUMPAT YANG HADIR

IBU TUNGGAL MENERIMA SUMBANGAN CENDERAHATI DARI DATIN KAMARZAN

ANUGERAH IBU MITHALI JUGA DIADAKAN

DATIN KAMARZAN DIIRINGI OLEH PEMIMPIN WANITA UMNO BAHAGIAN TUMPAT UNTUK MENYAMPAIKAN SAGUHATI KEPADA IBU TUNGGAL,IBU MITHALI PERINGKAT DUN DAN PERINGKAT PARLIMEN.