Tunggulah apa pula Datuk Husam Musa nak kata selepas ini.Syed Azidi Syed Abdul Aziz@blogger Kickdefella terus membuka pekong dengan mendakwa bekas bosnya pernah menyuruhnya tibai orang itu dan ini
Pasal duit RM4 juta untuk operasi gerak saraf menghentam pentabiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pula,Syed Azidi mendakwa ia disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC)Katanya duit itu tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat ‘kerana ia adalah wang yang tidak boleh dijelaskan dari mana ia datang.Dia membuat dakwaan itu kepada akhbar Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini setelah Husam nampak macam nak cuci tangan buat tak tahu apa-apa mengenai wang RM4 juta itu.
Kata Syed Azidi bekas bosnya itu tahu sepenuhnya perjalanan operasi gerak saraf yang dilakukan melalui syarikat GMC.Menurutnya Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu sepatutnya memberi reaksi yang pelbagai terhadap isu RM4 juta yang digunakan untuk menjalankan operasi gerak saraf itu dan bukan hanya memperkatakan tentang jumlah yang perlu dibayar kepada seorang penulis blog.
"Saya akui dia (Husam) tidak perlu membayar kepada penulis blog seperti saya. Dia boleh buat secara percuma, sebelum ini dia suruh saya 'tibai' (hentam) orang itu dan ini, saya buat secara percuma tetapi lepas isu itu keluar dia tidak mengaku pula.
"Sebenarnya saya tidak faham apa yang dikatakan Husam dalam tulisannya ( dalam laman blognya Husam) semalam, tetapi ini jawapan saya, 'jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Lepas itu terjunlah.
''Setidak-tidaknya, bolehlah kita pasang lilin depan pejabat SPRM dan bolehlah barisan pimpinan pembangkang mabuk menuntut suruhanjaya diraja',"katanya.
Syed Azidi berkata, Husam tidak sepatutnya melatah dengan pendedahan tersebut sekiranya beliau tidak membayar wang untuk operasi gerak saraf itu.
"Wang RM4 juta ini disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat, GMC tetapi tidak dimasukkan ke dalam akaun kerana ia adalah wang yang tidak boleh dijelaskan dari mana wang ia datang.
"Sesiapa yang tidak terlibat dalam menyumbangkan duit ini tidak perlu takut. Saya tidak kata kita lahirkan pembohongan atau fitnah tetapi ia untuk gerak saraf supaya kita dapat timbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan Pak Lah, dalam sudut ini Husam amat faham apa sebenar operasinya," kata beliau.
Menurutnya, operasi gerak saraf adalah bertujuan memenangi hati dan minda rakyat dengan menceritakan bahawa pihaknya lebih baik daripada 'musuh' dan bukannya untuk mencipta fitnah atau pembohongan.
Dari kata-kata Syed Azidi ini andaian yang dapat dibuat ialah dia kini sudah ‘ putus habis’ dengan bekas bosnya ituSebelum ini dalam tulisannya di laman Kickdefella,Syed Azidi masih mempertahankan Husam .-2/5/2010
No comments:
Post a Comment