Bicara Tumpat

Buke Nok Ngato,Buke Nok Ngumpat, Tok Sunggoh Tok Kato,kalu Tok Cayo Baco Bicara Tumpat.

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Monday, May 3, 2010

Kickdefella VS PAS Kelantan:cakap siang pandang-pandang...


Oleh: ROSLI ISMAIL

PAS memang cukup alergik dengan cerita main duit. Parti itu sentiasa mahu namanya kekal harum,bersih lagi suci dan ‘ tak berduit’.

Atas sebab itu dakwaan terbaru yang hangat oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz@ penulis blog Kickdefella dia diberi peruntukan RM4 juta untuk mengurus operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang menarik untuk diperhatikan.

Reaksi pertama…wow banyaknya duit PAS.

Isu besar di sini bukan peruntukan itu tetapi dari langit mana wang itu melimpah turun.

Bagi sebuah parti yang mahu mempamirkan dirinya lebih Islam dari orang lain - jika betul - bab duit peruntukan politik begini bukan senang untuk dijawab.

Makanya, tidak hairanlah apabila awal-awal lagi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari cuba merobek kredibiliti Syed Azidi dengan menuduhnya sebagai orang yang kecewa – satu langkah biasa dalam politik untuk menghilangkan keyakinan orangramai pada dakwaannya.

Hairan mengapa beliau tidak ada modal lain untuk melancarkan serangan balas begitu sedangkan satu dunia tahu siapa Syed Azidi sebelum ini.

Ahmad Fadhil Shaari mungkin terlupa Syed Azidi sebelum ini rasminya memegang jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sehingga dipecat oleh bekas CEO PMBK yakni menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ariffahmi Abdul Rahman.

Sebaliknya, tugas hariannya bukan sangat dengan PMBK. Beliau lapor diri pada Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Ringkas cakap gajinya dibayar PMBK tetapi bekerja dengan Husam.

Syed Azidi yang sebelumnya ahli Blogger United dan menetap di Kuala Lumpur telah berpindah ke Kota Bharu selepas diambil bekerja oleh Husam.

Bukanlah rumit untuk selidik bab ini. Cuba singkap balik arkib tulisan di laman blog Kickdefella sebelum dan sesudah pilihanraya umum Mac 2008 yang banyak mengenai Husam.

Juga dulunya di mana ada Husam di situ ada Syed Azidi .Untuk rekod sehari selepas rasmi dipecat dari PMBK Syed Azidi masih kelihatan bersama Husam yang datang ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Malah, Syed Azidi sendiri pernah secara terbuka memberitahu beliau memang ditugaskan dengan Husam walaupun rasminya bertugas di PMBK.Pendedahan ini dibuatnya semasa kehangatan isu dia dipecat dari PMBK.

Kisah macam bidang tugas Syed Azidi ini bukan sesuatu pelik dalam arena politik.

Begitu juga halnya dengan gerak saraf terancang menghentam Pak Lah seperti yang didakwa oleh Syed Azidi.Masing-masing parti politik ada silat kuntau tersendiri dan berusaha menembak lawan untuk menang pilihanraya dan sebagainya.

Syed Azidi telah bertukar menjadi senjata makan tuan apabila dia mula mempertikaikan corak pengurusan Ariffahmi sebelum dipecat.

Dari seorang sebelum itu pengkagum Nik Aziz ,isu Ariffahmi telah membuatkan keyakinannya pada kehebatan Tok Guru itu terus luntur.

Cubaan Ahmad Fadhli Shaari untuk memperlekeh dan menafikan sumbangan Syed Azidi memang kerja cari nahas.

Sebagai orang yang duduk dalam pengurusan PMBK dan ke hulu ke hilir bersama Husam yang diketahui jeneral politik kesayangan Nik Aziz – siapa yang boleh nafi Syed Azidi tahu banyak perkara?

Bukankah kejatuhan Ariffahmi sebagai CEO PMBK,sekalipun cuba dipertahankan habis-habisan oleh Nik Aziz hasil buah tangan pendedahan demi pendedahan mengenai pengurusan yang mencurigakan dalam PMBK yang dibuatnya dalam laman Kickdefella.

Nik Aziz akhirnya terpaksa tunduk meminta menantunya melepaskan jawatan ‘ atas nasihat’ rombongan pimpinan PAS Pusat diketuai oleh Datuk Seri Haji Awang yang menemui Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya.

Setelah melalui fiasco itu, Musyridul Am PAS itu masih tidak mahu mengaku kelemahannya.

Beliau mengambil jalan mudah apabila baru-baru ini mendakwa Syed Azidi terlalu obses untuk menjatuhkannya.

Ini sebagai reaksi setelah laman Kickdefella membuat dakwaan mengenai pemberian banyak konsesi balak kepada seorang yang didakwa rapat dengan Nik Aziz.

Laman itu juga menyiarkan sebilangan dokumen untuk menunjukkan bagaimana ia kemudiannya di ‘ alibabakan’.

Kini semua orang sedang menanti bila Syed Azidi akan meletupkan bom dengan mendedahkan dari mana sumber wang RM4 juta itu muncul.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang membuat cabaran itu mungkin cukup sedar risiko yang bakal dihadapi dalam membuat kenyataan seumpama itu.

Jika betul…adakah RM4 juta itu datang dari sumber rasmi kerajaan negeri? Melihat kepada peraturan biasa kewangan kerajaan rasanya sukar untuk ‘selit’ wang sebanyak itu untuk tujuan kerja politik seperti itu.

Dari bunyi cakap Syed Azidi andaian awal boleh dibuat pasti ada orang yang sedang kepanasan pada kemungkinan dia buka mulut.

Sanggupkah pimpinan PAS Kelantan mahupun Pusat tampil ke depan untuk cover Ahmad Fadhli Shaari lebih-lebih lagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah mula ambil keterangan mengenai dakwaan itu.

Setakat ini bekas bos politik Syed Azidi yakni Husam baru tampil bersuara menerusi laman blognya.Beliau mendakwa PAS atau mana-mana individu tidak perlu mengeluarkan peruntukan sampai RM4 juta bagi menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.

Alasannya imej Abdullah yang buruk terbentuk secara semula jadi atas kelemahan kepimpinan bekas Perdana Menteri itu sendiri.

Apapun isu di depan mata sekarang dakwaan itu sudah dibuat secara terbuka. Begitu juga halnya dengan cabaran Ahmad Fadhil Shaari dan cakap Husam macam peruntukan itu tidak pernah wujud.

Samada RM1 apalagi RM4 juta – jumlahnya tidak penting tetapi jika betul ia terbukti datang dari sumber yang ‘mencurigakan’ baik Ahmad Fadhil Shaari mahupun Husam kena perah otak segera bagaimana nak cover Nik Aziz yang dakwa Syed Azidi ‘ sudah mabuk dan cakap mengarut’. - 1/5/2010



Posted by Bicara Tumpat at 5:33 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Layari 1 Malaysia

Layari 1 Malaysia

Layari Bicara Juara Rakyat

Layari Bicara Juara Rakyat

Buletin Online

  • Sinar Harian
  • Malaysiakini.
  • Berita Harian
  • Agendadaily
  • Utusan

BN Gomo Kelate

  • HAMBALI_03
    MANIFESTO BN 2018 TERBAIK DALAM SEJARAH
    7 years ago
  • jarisepuluh
    Geng Anti-ULAMA PAS tinggalkan Rompin
    10 years ago
  • Bicara Kelantan
    HJ HADI KENE BYR SAMAN 2 JUTA KPD ORG PR SEBAB NK PERTAHANKAN PR. OH BANGANG..
    11 years ago
  • Anok Bumi Kelate....
    NIK AZIZ BAPA BINATANG !!
    12 years ago

Blogger Kelate

  • Gewe Kelate
    MEMERLUKAN 15,000 KAWAN UNTUK DERMA KEPADA PUSAT TAHFIZ AL-BARAKAH.
    6 years ago
  • Perigi Timur
    BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar-Noh Omar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN
    9 years ago
  • Gelombang Kick
    TMJ VS Nazri Diingatkan Anak Johor Bukan Batang Pisang
    10 years ago
  • AMBO ORANG KAMPUNG
    Doa 'Bersama #Pakatan' - Retorik #PengkalanKubor diambang kehancuran.
    10 years ago
  • Kelate Today
    Masihkah PM @NajibRazak Ingat!
    11 years ago
  • Kelatekito.net

Blog Sohor.. Ko?

  • The Unspinners
    Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin?
    4 years ago
  • CyWar Putrajaya
    Hello world!
    4 years ago
  • MyMassa
    TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
    7 years ago
  • Double - Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
    7 years ago
  • Anak Seberang
    BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.
    7 years ago
  • Kedah Ke KL
    Selepas viral 24 jam senarai calon BN tidak rasmi yang akan bertanding untuk PRU14 di Kedah
    8 years ago
  • GERAKAN TIMUR
    #DEIG: Bimbang GT Bimbang... Engkau Hilang Bawa RM6.7 Billion!
    9 years ago
  • Sungai Rapat Online
    Kalau dah jadi penyokong Pakatan Luar Tabie inilah hasilnya
    12 years ago
  • RBF Online
  • Panglima Perang Cyber

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Blog Archive

  • ►  2012 (6)
    • ►  October (6)
  • ►  2011 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (44)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (11)
    • ▼  May (5)
      • SEMINAR KEPIMPINAN WANITA UMNO BAHAGIAN TUMPAT
      • ‘Jenis bodoh tak boleh diajar’: Khalid Ibrahim,Has...
      • Putus sudah kasih sayang: Kickdefella ‘ tembak’ Hu...
      • Kickdefella VS PAS Kelantan:cakap siang pandang-pa...
      • Putus sudah kasih sayang: Kickdefella ‘ tembak’ Hu...
    • ►  April (5)
    • ►  March (7)
    • ►  February (10)

Pages

  • Home

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments
Simple theme. Powered by Blogger.