SATU
ketika dulu, dewa ulung PAS, Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat pernah
mengeluarkan kenyataan bahawa PAS sanggup berkawan dengan sesiapa saja
waima syaitan untuk menjatuhkan UMNO. Kenyataan ini dibuat demi
mempertahankan kerjasama dengan DAP pada awal 1999 dalam Barisan
Alternatif.
Kini
diwujudkan pula kepercayaan Asal Bukan UMNO (ABU) yang sekali lagi
memberikan gambaran bahawa PAS, DAP, PKR sanggup bekerjasama dengan
sesiapa juga untuk menjatuhkan UMNO.
Rupa-rupanya
semua itu bagi menyediakan pengikut Pakatan haram ini dengan hakikat
bahawa wang yahudi diperlukan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang. Bila
dah selalu dizikirkan asal bukan UMNO, asal bukan UMNO, apa pulak
masalah terima dana yahudi ye tak? Asal bukan UMNOlah katakan.
Kenapa
dana yahudi, sebab sudah tentu tidak ada negara Islam yang mahu
membantu Anwar Ibrahim (pelindung keselamatan yahudi) menjatuhkan
kerajaan sekarang. Tidak ada alasan nak buat begitu pun, maka bantuan
yahudi diminta.
Usahlah
nak berdolak dalik lagi. Malaysiakini, Suaram dan Bersih, semuanya
sudah mengaku menerima dana luar dari yahudi untuk beroperasi. Sementara
itu, rakyat semua tahu PAS, DAP dan PKR pulak begitu kuat menyokong
semua pertubuhan haram dan sah yang disebutkan di atas.
Itu bukan bukti kukuh ka nak menunjukkan bahawa semua pihak yang disebutkan ini ada kaitan antara satu sama lain?
Eh,
logikkah Anwar yang punya banyak kaitan dengan NED dan Open Society
Institute, tidak ada peranan dalam menyalurkan wang dari semua
organisasi tersebut kepada Suaram, Bersih dan Malaysiakini?
Fikir
mudah saja sudahlah. Kita bukan tidak tahu macai Pakatan punya
imiginasi yang tinggi. Jangan kata yang berkait, yang tidak ada kena
mengena pun depa boleh kaitkan, contoh paling mudah peristiwa pembunuhan
Altantunya yang difitnah Perdana Menteri dan Isteri terlibat.
Sekarang
ini kaitannya begitu jelas sekali, apatah lagi bila kesemua organisasi
tersebut telah mengaku menerima dana yahudi, kenapa macai tidak bangkit
membantah?
Dalam
masa yang sama macai bukan main lagi tunjuk hero atas jalan membantah
keganasan yahudi dan Amerika Syarikat, rupanya pemimpin di atas bukan
main lagi makan duit yahudi, termasuk menggunakannya untuk membiayai
perjalanan para macai menghadiri rusuhan Bersih dan sebagainya.
Pasal duit ke? Kalau pasal duit, maknanya, ini perjuangan taik, bukan sangat kerana nak mempertahankan Islam tapi sebab wang.
Sudah-sudahlah
tu macai, mengaku sajalah macai semua berjuang kerana nakkan duit
yahudi. Toksah nak tunjuk hipokritlah dengan berdemo membantah yahudi,
itu semua hanya pura-pura sahaja, hakikatnya dengan wang yahudilah anda
semua bernafas.
Sekarang
ini UMNO di pihak yang menang, macai tahu kenapa? Sebab kami dah lama
sebut kaitan Pakatan haram ini dan NGO-NGO haram yang diwujudkan mereka
sebelum mereka sendiri mengaku. Tanyalah siapa pun rakyat Malaysia di
negara ini, mahukah mereka bersekongkol dengan pihak yang menggunakan
duit yahudi untuk menjatuhkan kerajaan.
Melainkan penyokong DAP, penulis yakin yang lain tidak akan bersetuju.
MYKMU
No comments:
Post a Comment