Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Monday, October 8, 2012

Salahkah Kelantan Ada Maksiat? Kota Madinah Pun Banyak Maksiat Sejak Zaman Rasulullah


Penafian atau mengelak dari bertanggungjawab?


Itulah antara soalan yang bermain di fikiran orang ramai apabila Nik Aziz memberikan respons terhadap masalah pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan sekarang.

Nik Aziz dengan tegas mengatakan masalah pelacuran dan kegiatan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah di sebabkan oleh  UMNO. Beliau juga menyalahkan media massa yang sengaja menyuburkan kegiatan itu .
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Nik Aziz (gambar) juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Jelaslah bahawa Nik Aziz tidak tidak mahu mengaku bertanggungjawab sebagai pemerintah. Sebaliknya dengan cepat menyalahkan pihak lain.


Manakala anaknya, Nik Abduh,  menerima kewujudan kegiatan pelacuran serta sebarang bentuk maksiat yang berleluasa di Kelantan itu adalah perkara biasa. Rasululullah sendiripun tidak mampu mengatasi masalah maksiat semasa baginda mentadbir Kota Madinah. Inikan pula Kerajaan Pas yang tidak mempunyai kuasa dan kelebihan setaraf Rasulullah.
  
Petikan posting dalam blog Nik Abduh bin Nik Aziz (Feb. 17, 2011)

"Sebelum anda menunjuki saya pusat-pusat pelacuran dan gambar-gambar bogel pelacur Kelantan, mari saya perkenalkan anda dengan apa yang anda telah ketahui.
Adakah bandar Madinah di zaman al Rasul bebas maksiat? Tidakkan? Bagaimana dunia ini bebas maksiat sedangkan dosa itu sentiasa melekat di badan, apatah di hati. Bukankah keimanan kita adalah bahawa hanya al Rasul sahaja yang maksum dan bebas dosa dengan izin tuhannya?
Bukankah nabi pernah melaksanakan hudud yang membawa erti telah berlaku maksiat zina di Madinah? Bukankah nabi pernah menyebut kepinginnya untuk membakar rumah-rumah yang kaum lelakinya tidak keluar untuk solat berjamaah bersama baginda yang bererti seruannya diingkari juga di Madinah? Bukankah nabi pernah mencela peniaga di pasarnya yang menipu dalam perniagaan?

Kesimpulan :
  1. Ustaz Nik Aziz tidak suka orang ramai menyalahkan Kerajaan Pas Kelantan berkaitan berleluasanya kegiatan pelacuran dan maksiat di negeri itu. 
  2. Kegiatan pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah disebabkan oleh UMNO.
  3. Berkembangnya kegiatan pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah didorong oleh media massa.
  4. Nabi Muhammad sebagai Rasulullah yang dibekalkan kuasa yang tertinggi oleh Allah juga gagal membanteras maksiat di Kota Madinah. Jadi tidak logik menyalahkan Kerajaan Pas yang tidak sehebat kerajaan Rasulullah.
  5. Pelacuran dan maksiat di Kelantan memang tidak boleh dihapuskan kerana Rasulullah sendiri gagal menghapuskannya di Kota Madinah.
  6. Negeri Kelantan tidak akan bebas dari maksiat kerana perbuatan maksiat itu sudah melekat pada badan dan hati manusia.
  7. Hukum hudud yang dijalankan oleh Rasulullah di Kota Madiah juga tidak mampu dan gagal membanteras maksiat.
  8. Kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menangani pelacuran dan maksiat tidak patut dibangkitkan kerana Rasulullah sendiri tidak mampu membanteras kegiatan mungkar tersebut kecuali jika menggunakan mata pedang (baca entri Nik Abduh).
  9. Nik Aziz tidak maksum dan kerana itu pelacuran dan maksiat mestilah berlaku berbanding Rasulullah yang maksum tetapi masih berlaku maksiat di zaman pemerintahannya di Kota Madinah.
  10. Nik Abduh tidak menyalahkan UMNO dan Media tetapi menerima baik kewujudan pelacuran dan maksiat di Kelantan kerana ianya juga wujud di zaman Rasulullah. Dengan itu tidak timbul sama sekali bagi mana-mana pihak menyalahkan pemerintahan kerajaan Pas yang diketuai oleh ayahandanya. 

No comments:

Post a Comment