Pas Kelantan sedang mengalami krisis kepemimpinan yang serius terutama dalam isu pemilihan calon menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Berdasarkan sumber-sumber dalaman parti itu, beberapa ‘nama besar’ Pas akan digugurkan dan digantikan dengan pemimpin muda biarpun ia mendapat tentangan hebat daripada nama besar tersebut.
Masalah ini turut diakui blogger mesra Pas, Sayuti Omar yang memohon
lapan Yang Dipertua Pas kawasan di negeri ini supaya mengundurkan diri
secara sukarela sekiranya mahu memastikan Pas terus kekal memerintahSayuti menyenaraikan Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh), Abdul Fatah
Haron (Rantau Panjang), Wan Ismail Wan Jusoh (Ketereh), Omar Mohamad
(Bachok), Apandi Mohamad (Jeli), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota
Bharu).
Dua lagi YDP iaitu dari Tanah Merah dan Pasir Mas (Ismail Noh) sememangnya layak untuk mengundurkan diri kerana masalah kesihatan.
Sekiranya kesemua YDP terbabit sanggup untuk mengundurkan diri, Sayuti bimbang masalah kronisme akan berlaku dalam parti itu sehingga menyebabkan keyakinan rakyat akan terus terhakis.
“Lebih afdal lagi mereka perlu memberi laluan kepada muka baru yang dipilih oleh cawangan dan bukannya atas pilihan mereka (kroni).
“Sebaik-baiknya pengganti mereka juga perlulah dibuat berdasarkan permintaan pengundi setempat dengan mengambil citarasa umum,” kata Sayuti.
Untuk rekod ada di antara YDP terbabit menjadi wakil rakyat sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih daripada lima penggal seperti Abd Fatah,Omar Mohamad (Perupok) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu).
Begitu juga dengan Apandi yang tewas dua kali berturut-turut kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Nik Mazian tidak mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Pas di Pasir Puteh.
Pas Pasir Puteh memang dikenali dengan sifatnya yang agresif malah pejabat Nik Mazian pernah dibakar kebetulan dengan musim pemilihan parti itu biarpun tidak diketahui puncanya namun dari nada ADUN Gaal itu, beliau tidak menolak ia adalah unsur sabotaj.
Perpecahan dikalangan pemimpin Pas negeri bukan perkara baru, malah ia telah menjadi perbualan umum seperti cakap-cakap yang menyatakan pertembungan di antara Husam Musa dengan Mohd. Amar Nik Abdullah dan Takiyuddin Hassan.

Malah katanya, Husam tidak diterima oleh kebanyakkan ahli Pas di
Kelantan kerana penampilan dan gayanya yang tidak digemari ramai.
Pun begitu perpecahan itu diimbangi dengan kekuatan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selagi beliau berada di saf tertinggi Pas Kelantan, masalah ini masih dapat dibendung kerana kesemua ahli Pas termasuk panglima-panglima besar ini malu alah dengannya.
Penolakkan Husam juga dilihat amat ketara apabila anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh secara terbuka menulis mengenai penasihat sesat kepada ayahandanya biarpun tidak menyebut nama penasihat terbabit tetapi semua dapat meneka.

Tulisan tersebut juga menyebabkan Setiausaha Politik yang paling
berfungsi dalam sejarah pentadbiran Nik Aziz iaitu Annual Bakri
meletakkan jawatan (ada desas-desus mengatakan dia diarahkan meletakkan
jawatan oleh Nik Aziz).
Apa akan jadi kalau Nik Aziz tidak ada?
Dek kerana terlalu lama memerintah dan dibarisi oleh pemimpin lama, Pas
seolah-olah kehilangan barisan pelapis. Malah beberapa Exco yang ada
juga dilihat tidak dapat berfungsi dengan baik.
Lihat sahaja bagaimana Exco Pertanian, Che Abdullah peribadinya diserang
habis-habisan oleh UMNO di Wakaf Bharu dan ia menjadi buah mulut kepada
semua penduduk di kawasan tersebut.
Masalah yang sama juga dilihat pada ADUN Selising, Saiful Bahrin Mohamad
yang dituduh ditangkap berkhalwat dengan isteri orang dalam gerabak
kereta api dan ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim apabila cerita
perceraiannya dengan isteri muda didedahkan media.
Wan Ismail juga menghadapi masalah rumah tangga dengan bekas isteri muda
dari Kemboja sehingga mendedahkan mengenai wang RM7 juta.
Begitu juga dengan ADUN Dabong, Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim yang dikaitkan dengan
‘tragedi’ Lata Kertas bersama gadis berusia 19tahun.
Malah menurut Sayuti, ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad yang memangku tugas Yang Dipertua Pas kawasan Pasir Mas juga perlu digugurkan dan diganti dengan muka baru.
Dalam pada itu, rakyat Kelantan melihat kerajaan negeri yang ada hari ini juga tidak sebersih dahulu.
Mereka juga melihat bagaimana perubahan hidup wakil rakyat ini, daripada kereta kecil kepada kereta besar, daripada seorang bini kepada dua, tiga atau empat dan dari rumah kecil ke rumah agama yang hebat, dari tidak berharta kepada seorang hartawan.
Jika dilihat kepada senario ini imej pemimpin Pas sudah tercalar dan daripada senario ini juga bukan lapan yang patut berundur tetapi mungkin lebih separuh patut berundur.
Namun Pas amat bijak berselindung disebalik wajah agama. Perjuangan yang bertopengkan Islam itu telah menutup semua kesilapan biarpun kadang kala sudah terang dan nyata mereka telah melakukan kesalahan yang tidak dapat diterima sama sekali.
Inilah politik syurga neraka yang dibawa oleh Pas. Namun apakah politik ini akan terus diterima oleh rakyat Kelantan? - Detik Perubahan