Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Monday, October 8, 2012

ANWAR BERJAYA MENGYAHUDIKAN PAS.



SATU ketika dulu, dewa ulung PAS, Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS sanggup berkawan dengan sesiapa saja waima syaitan untuk menjatuhkan UMNO.  Kenyataan ini dibuat demi mempertahankan kerjasama dengan DAP pada awal 1999 dalam Barisan Alternatif.

Kini diwujudkan pula kepercayaan Asal Bukan UMNO (ABU) yang sekali lagi memberikan gambaran bahawa PAS, DAP, PKR sanggup bekerjasama dengan sesiapa juga untuk menjatuhkan UMNO.

Rupa-rupanya semua itu bagi menyediakan pengikut Pakatan haram ini dengan hakikat bahawa wang yahudi diperlukan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.  Bila dah selalu dizikirkan asal bukan UMNO, asal bukan UMNO, apa pulak masalah terima dana yahudi ye tak?  Asal bukan UMNOlah katakan.

Kenapa dana yahudi, sebab sudah tentu tidak ada negara Islam yang mahu membantu Anwar Ibrahim (pelindung keselamatan yahudi) menjatuhkan kerajaan sekarang.  Tidak ada alasan nak buat begitu pun, maka bantuan yahudi diminta.

Usahlah nak berdolak dalik lagi.  Malaysiakini, Suaram dan Bersih, semuanya sudah mengaku menerima dana luar dari yahudi untuk beroperasi. Sementara itu, rakyat semua tahu PAS, DAP dan PKR pulak begitu kuat menyokong semua pertubuhan haram dan sah yang disebutkan di atas.

Itu bukan bukti kukuh ka nak menunjukkan bahawa semua pihak yang disebutkan ini ada kaitan antara satu sama lain?

Eh, logikkah Anwar yang punya banyak kaitan dengan NED dan Open Society Institute, tidak ada peranan dalam menyalurkan wang dari semua organisasi tersebut kepada Suaram, Bersih dan Malaysiakini?

Fikir mudah saja sudahlah.  Kita bukan tidak tahu macai Pakatan punya imiginasi yang tinggi.  Jangan kata yang berkait, yang tidak ada kena mengena pun depa boleh kaitkan, contoh paling mudah peristiwa pembunuhan Altantunya yang difitnah Perdana Menteri dan Isteri terlibat.

Sekarang ini kaitannya begitu jelas sekali, apatah lagi bila kesemua organisasi tersebut telah mengaku menerima dana yahudi, kenapa macai tidak bangkit membantah?

Dalam masa yang sama macai bukan main lagi tunjuk hero atas jalan membantah keganasan yahudi dan Amerika Syarikat, rupanya pemimpin di atas bukan main lagi makan duit yahudi, termasuk menggunakannya untuk membiayai perjalanan para macai menghadiri rusuhan Bersih dan sebagainya.

Pasal duit ke?  Kalau pasal duit, maknanya, ini perjuangan taik, bukan sangat kerana nak mempertahankan Islam tapi sebab wang.

Sudah-sudahlah tu macai, mengaku sajalah macai semua berjuang kerana nakkan duit yahudi.  Toksah nak tunjuk hipokritlah dengan berdemo membantah yahudi, itu semua hanya pura-pura sahaja, hakikatnya dengan wang yahudilah anda semua bernafas.

Sekarang ini UMNO di pihak yang menang, macai tahu kenapa?  Sebab kami dah lama sebut kaitan Pakatan haram ini dan NGO-NGO haram yang diwujudkan mereka sebelum mereka sendiri mengaku.  Tanyalah siapa pun rakyat Malaysia di negara ini, mahukah mereka bersekongkol dengan pihak yang menggunakan duit yahudi untuk menjatuhkan kerajaan.

Melainkan penyokong DAP, penulis yakin yang lain tidak akan bersetuju.

MYKMU

Salahkah Kelantan Ada Maksiat? Kota Madinah Pun Banyak Maksiat Sejak Zaman Rasulullah


Penafian atau mengelak dari bertanggungjawab?


Itulah antara soalan yang bermain di fikiran orang ramai apabila Nik Aziz memberikan respons terhadap masalah pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan sekarang.

Nik Aziz dengan tegas mengatakan masalah pelacuran dan kegiatan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah di sebabkan oleh  UMNO. Beliau juga menyalahkan media massa yang sengaja menyuburkan kegiatan itu .
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Nik Aziz (gambar) juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Jelaslah bahawa Nik Aziz tidak tidak mahu mengaku bertanggungjawab sebagai pemerintah. Sebaliknya dengan cepat menyalahkan pihak lain.


Manakala anaknya, Nik Abduh,  menerima kewujudan kegiatan pelacuran serta sebarang bentuk maksiat yang berleluasa di Kelantan itu adalah perkara biasa. Rasululullah sendiripun tidak mampu mengatasi masalah maksiat semasa baginda mentadbir Kota Madinah. Inikan pula Kerajaan Pas yang tidak mempunyai kuasa dan kelebihan setaraf Rasulullah.
  
Petikan posting dalam blog Nik Abduh bin Nik Aziz (Feb. 17, 2011)

"Sebelum anda menunjuki saya pusat-pusat pelacuran dan gambar-gambar bogel pelacur Kelantan, mari saya perkenalkan anda dengan apa yang anda telah ketahui.
Adakah bandar Madinah di zaman al Rasul bebas maksiat? Tidakkan? Bagaimana dunia ini bebas maksiat sedangkan dosa itu sentiasa melekat di badan, apatah di hati. Bukankah keimanan kita adalah bahawa hanya al Rasul sahaja yang maksum dan bebas dosa dengan izin tuhannya?
Bukankah nabi pernah melaksanakan hudud yang membawa erti telah berlaku maksiat zina di Madinah? Bukankah nabi pernah menyebut kepinginnya untuk membakar rumah-rumah yang kaum lelakinya tidak keluar untuk solat berjamaah bersama baginda yang bererti seruannya diingkari juga di Madinah? Bukankah nabi pernah mencela peniaga di pasarnya yang menipu dalam perniagaan?

Kesimpulan :
  1. Ustaz Nik Aziz tidak suka orang ramai menyalahkan Kerajaan Pas Kelantan berkaitan berleluasanya kegiatan pelacuran dan maksiat di negeri itu. 
  2. Kegiatan pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah disebabkan oleh UMNO.
  3. Berkembangnya kegiatan pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah didorong oleh media massa.
  4. Nabi Muhammad sebagai Rasulullah yang dibekalkan kuasa yang tertinggi oleh Allah juga gagal membanteras maksiat di Kota Madinah. Jadi tidak logik menyalahkan Kerajaan Pas yang tidak sehebat kerajaan Rasulullah.
  5. Pelacuran dan maksiat di Kelantan memang tidak boleh dihapuskan kerana Rasulullah sendiri gagal menghapuskannya di Kota Madinah.
  6. Negeri Kelantan tidak akan bebas dari maksiat kerana perbuatan maksiat itu sudah melekat pada badan dan hati manusia.
  7. Hukum hudud yang dijalankan oleh Rasulullah di Kota Madiah juga tidak mampu dan gagal membanteras maksiat.
  8. Kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menangani pelacuran dan maksiat tidak patut dibangkitkan kerana Rasulullah sendiri tidak mampu membanteras kegiatan mungkar tersebut kecuali jika menggunakan mata pedang (baca entri Nik Abduh).
  9. Nik Aziz tidak maksum dan kerana itu pelacuran dan maksiat mestilah berlaku berbanding Rasulullah yang maksum tetapi masih berlaku maksiat di zaman pemerintahannya di Kota Madinah.
  10. Nik Abduh tidak menyalahkan UMNO dan Media tetapi menerima baik kewujudan pelacuran dan maksiat di Kelantan kerana ianya juga wujud di zaman Rasulullah. Dengan itu tidak timbul sama sekali bagi mana-mana pihak menyalahkan pemerintahan kerajaan Pas yang diketuai oleh ayahandanya. 

Friday, August 26, 2011

Program Ihya Ramadhan Parlimen Tumpat

Sepanjang Bulan Ramadhan UMNO Bahagian Tumpat telah melaksanakan Majlis Berbuka Puasa bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramdhan.Antara Program Ihya Ramadhan yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Tumpat ialah :

1.Kg.Geting
2.Kg.Telok Jering
3.Kg.Telaga Bata
4.Kg.Bukit
5.Kg.Surau
6.kg.Tujoh


Ihya Ramadhan di Kg.Surau
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Turut Hadir
Datuk Dee Bersama Penduduk di Kg.Bukit
Ihya Ramadhan Di Kg.Telok Jering
AJK Bahagian dan Pergerakan Pemuda turut hadir Program Ihya Ramdhan di Kg.Geting
Program Ihya Ramadhan di Kg.Bunohan
Program Ihya Ramadhan di Kg.Bunohan
Datuk Dee bersama penduduk Kg.Geting
Datuk Dee beramah mesra bersama penduduk di Kg.Geting

Monday, June 27, 2011

Perhimpunan haram bibit awal kepada perang saudara – Ahli Akademik
Isnin, 27 Jun 2011 14:38
Administrator

Perhimpunan haram adalah bibit-bibit awal ke arah berlakunya peperangan saudara apabila adanya pertembungan dua pihak yang mempunyai ideologi berbeza antara satu sama lain.
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata dalam menangani masalah itu, pihak berkuasa perlu bertindak tegas untuk menghalang perhimpunan itu diadakan kerana boleh menyebabkan berlaku perang saudara.


“Demonstrasi jalanan atau perhimpunan menyebabkan banyak masalah akan timbul, itu yang menyebakan ramai pihak yang tidak bersetuju jika perkara itu ingin dilakukan, lebih banyak kemudratan daripada kebaikan.


“Keadaan akan bertambah buruk jika demontrasi arau perhimpunan itu akan babitkan dua pihak yang akhirnya berlakunya pertembungan, dan jika sudah adanya pertembungan sudah pasti akan menimbulkan keadaan yang lebih buruk dan menjejaskan keselamtan negara,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram yang berkemungkinan akan diadakan pada 9 Julai nanti yang membabitkan kumpulan mengelarkan diri mereka Gabungan Bersih, Pemuda UMNO dan Perkasa.


Dr Samsul berkata, sejarah telah membuktikan bahawa demonstrasi ataupun perhimpunan haram yang berlaku sama ada di dalam dan luar negara, banyak memberi kesan negatif kepada negara terbabit.


“Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja apa yang berlaku di Thailand dan Indonesia, ekonomi negara terbabit merudum, urusan perniagaan tidak dapat berjalan lancar, pelancong tidak berkunjung ke negara itu kerana khuatir kelematan mereka.


“Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada negara ini, sudah pasti demontrasi atau perhimpunan haram itu akan membabitkan berlaku rusuhan di kalangan mereka, ini yang dikatakan bermulanya bibit-bibit perang saudara jika ia tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya,” katanya.


Menurutnya, keadaan itu akan bertambah teruk apabila perkara itu dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sama ada dari dalam dalam atau luar negara yang ingin mengambil kesempatan dari apa yang berlaku.


Tegasnya, ramai di kalangan generasi muda yang tidak memahami sejarah dan mudah terpengaruh dengan apa yang dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu tanpa memikirkan kesan yang diterima dari perbuatan yang mereka lakukan.


“Dunia tanpa sempadan menyebabkan generasi muda mudah tergoda dengan apa yang berlaku di luar sana, mereka mudah terpedaya tanpa berfikir panjang, mereka hanya memikirkan apa yang berlaku itu adalah terbaik untuk mereka.


“Golongan ini hanya berfikir secara logik akal saja, mereka tidak berfikir secara mendalam, mereka merasa seronok dan berfikir ini adalah cara terbaik untuk meluahkan perasaan mereka. Sebenarnya golongan ini sudah diperdaya oleh pihak tertentu dan mereka juga tidak pernah mengalami keperitan atau kesusahan yang pernah dilalui oleh gernerasi terdahulu,” katanya.


Beliau mengesa mana-mana pihak yang terbabit supaya berfikir secara waras dan memikirkan kesejahteraan serta kestabilan yang dinikmati selama ini tidak tergugat atau hilang disebabkan oleh ketidakpuasan hati yang sebenarnya boleh diselesaikan secara baik. 27/6/2011 -UMNO Online

Tuesday, April 26, 2011

Majlis Penyampaian Bantuan dan Pelancaran Program Lawatan Rumah Ke Rumah Parlimen Tumpat

Tarikh : 6 Disember 2010
Tempat : Perkarangan rumah Nik Noriza Nik Salleh(Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat/Pengarah DUN Pasir Pekan
Masa : 11.00 Pagi


Antara penerima bantuan yang hadir
Kak Chik (Ketua Wanita/Pengarah DUN Pasir Pekan)menyampaikan ucapan alu-aluan
Datu Dee(Ketua UMNO Bahagian Tumpat)bersemangat menyampaikan ucapan
Wan Hanapi Wan Yaacob(Naib Ketua Bahagian) dan Datuk Rosdi Ab.Aziz(Timb.Ketua Bahagian) turut hadir
Ketua Wanita dan Ketua Puteri
Setiausaha Bahagian,Ketua Pemuda dan Naib Ketua Bahagian
Datuk Dee menyampaikan bantuan kepada golongan miskin Parlimen Tumpat
Kaum wanita juga turut hadir
Ketua pemuda juga turut sama dalam Lawatan rumah ke rumah menyampaikan bantuan kepada golongan miskin

Puteri dan wanita berganding bahu menziarahi warga emas disamping menyampaikan bantuan
SU Pengerusi JKKKP Bendang Pak Yong juga turut sama menyampaikan bantuan kepada golongan miskin

Majlis Sambutan Pemain The Red Warrior Dan Perarakan Piala Malaysia Ke Parlimen Tumpat

Tarikh :13 November 2010
Masa :10.00 Pagi
Tempat: Pusat Khidmat Rakyat DUN Pengkalan Kubor

Lautan Merah membanjiri Pusat Khidmat Rakyat DUN Pengkalan Kubor
Orang ramai berkumpul menunggu ketibaan Skuad The Red Warrior
Datuk Dee bersama Datuk Wa(Presiden KAFA) menyambut ketibaan Piala Malaysia
Datuk Dee bersama orang kuat KAFA
Piala Malaysia yang diarak ke Parlimen Tumpat
Datuk Dee meyampaiakan cenderahati kepada pemain dan pegawai The Red Warrior
Datuk Dee bersemangat dengan pakaian merah
Datuk Dee bersama Datuk Wa menjamu selera
Pemain The Red Warrior menjamu selera
Datuk Dee dan Wan Hanapi(Pengerusi Persatuan Bolasepak Daerah Tumpat) bersama peminat cilik
Pemain The Red Warrior bersama peminat

Program Penyampaian Peralatan Sukan dan Tayangan "Big Screen" Perlawanan Akhir Piala Malaysia Bersama Belia Parlimen Tumpat

Tarikh :30 Oktober 2010
Tempat : Gelanggang Futsal PUsat Khidmat Rakyat DUN Pengkalan Kubor
Masa :800 Malam


Majlis Penyampaian Peralatan Sukan

En.Saidin Loman (Penyelaras JKKKP) DUN Pengkalan Kubur Menyampaikan Peralatan Sukan
Antara peralatan sukan yang disampaikan

Mendapat sambutan yang hangat dari belia