Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Monday, June 27, 2011

Perhimpunan haram bibit awal kepada perang saudara – Ahli Akademik
Isnin, 27 Jun 2011 14:38
Administrator

Perhimpunan haram adalah bibit-bibit awal ke arah berlakunya peperangan saudara apabila adanya pertembungan dua pihak yang mempunyai ideologi berbeza antara satu sama lain.
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata dalam menangani masalah itu, pihak berkuasa perlu bertindak tegas untuk menghalang perhimpunan itu diadakan kerana boleh menyebabkan berlaku perang saudara.


“Demonstrasi jalanan atau perhimpunan menyebabkan banyak masalah akan timbul, itu yang menyebakan ramai pihak yang tidak bersetuju jika perkara itu ingin dilakukan, lebih banyak kemudratan daripada kebaikan.


“Keadaan akan bertambah buruk jika demontrasi arau perhimpunan itu akan babitkan dua pihak yang akhirnya berlakunya pertembungan, dan jika sudah adanya pertembungan sudah pasti akan menimbulkan keadaan yang lebih buruk dan menjejaskan keselamtan negara,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram yang berkemungkinan akan diadakan pada 9 Julai nanti yang membabitkan kumpulan mengelarkan diri mereka Gabungan Bersih, Pemuda UMNO dan Perkasa.


Dr Samsul berkata, sejarah telah membuktikan bahawa demonstrasi ataupun perhimpunan haram yang berlaku sama ada di dalam dan luar negara, banyak memberi kesan negatif kepada negara terbabit.


“Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja apa yang berlaku di Thailand dan Indonesia, ekonomi negara terbabit merudum, urusan perniagaan tidak dapat berjalan lancar, pelancong tidak berkunjung ke negara itu kerana khuatir kelematan mereka.


“Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada negara ini, sudah pasti demontrasi atau perhimpunan haram itu akan membabitkan berlaku rusuhan di kalangan mereka, ini yang dikatakan bermulanya bibit-bibit perang saudara jika ia tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya,” katanya.


Menurutnya, keadaan itu akan bertambah teruk apabila perkara itu dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sama ada dari dalam dalam atau luar negara yang ingin mengambil kesempatan dari apa yang berlaku.


Tegasnya, ramai di kalangan generasi muda yang tidak memahami sejarah dan mudah terpengaruh dengan apa yang dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu tanpa memikirkan kesan yang diterima dari perbuatan yang mereka lakukan.


“Dunia tanpa sempadan menyebabkan generasi muda mudah tergoda dengan apa yang berlaku di luar sana, mereka mudah terpedaya tanpa berfikir panjang, mereka hanya memikirkan apa yang berlaku itu adalah terbaik untuk mereka.


“Golongan ini hanya berfikir secara logik akal saja, mereka tidak berfikir secara mendalam, mereka merasa seronok dan berfikir ini adalah cara terbaik untuk meluahkan perasaan mereka. Sebenarnya golongan ini sudah diperdaya oleh pihak tertentu dan mereka juga tidak pernah mengalami keperitan atau kesusahan yang pernah dilalui oleh gernerasi terdahulu,” katanya.


Beliau mengesa mana-mana pihak yang terbabit supaya berfikir secara waras dan memikirkan kesejahteraan serta kestabilan yang dinikmati selama ini tidak tergugat atau hilang disebabkan oleh ketidakpuasan hati yang sebenarnya boleh diselesaikan secara baik. 27/6/2011 -UMNO Online

No comments:

Post a Comment