Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Monday, March 22, 2010

UMNO Bahagian Tumpat Mendepani Cabaran Isu Semasa

Sempena dengan program Juara Rakyat yang diadakan setiap bulan bagi setiap parlimen maka UMNO Bahagian Tumpat telah mengadakan satu program penerangan isu-isu semasa yang berlaku dalam politik Kelantan masa kini .Program yang telah diadakan pada 19 Mac 2010,jam 9 malam di Kok Majid ini telah berjaya menghimpunkan hampir 1500 masyarakat Parlimen Tumpat khususnya di DUN Pasir Pekan.

Kehadiran hadirin yang melebihi 1000 orang adalah sesuatu yang di luar dugaan bagi program di DUN Pasir Pekan.Kebiasaan program yang dianjurkan di DUN Pasir Pekan tidak pernah mendapat perhatian yang sedemikian rupa kerana DUN Pasir Pekan adalah merupakan kubu kuat PAS dan apatah lagi DUN Pasir Pekan merupakan kawasan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Program penerangan isu semasa ini telah menampilkan penceramah yang yang cukup hangat di Parlimen Tumpat sekarang ini iaitu Tuan Guru Hj.Abdullah Saa'mah atau juga di kenali Tok Guru Hj.Loh Pondok Geting. Ceramah yang disampaikan oleh beliau cukup menggerunkan pihak PAS dengan pendedahan-pendedahan mengenai amalan wahabi yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin PAS.

Program ini juga turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO 4 Peringkat Bahagian Tumpat.Kejayaan program yang dianjurkan ini juga membuktikan UMNO Bahagian Tumpat mendepani cabaran isu semasa dalam memberikan penjelasan kepada rakyat.


Ucapan aluan oleh Sdri. Nik Noriza Nik Salleh(Penyelaras DUN Pasir Pekan merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat)

Ucapan YBhg.Tn.Hj.Mohd Rosdi Ab.Aziz(Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat)

Tuan Guru Hj.Abdullah Saa'mah (Tok Guru pondok Geting) sedang menyampaikan ceramah

Antara pengikut pondok Tok Guru Hj.Loh yang turut hadir

Nik Fatimah Nik Salleh(Ketua Puteri UMNO Bahagian Tumpat) dan jawatankuasanya turut hadir mendengar ceramai yang disampaikan

Hadirin ynag hadir tekun mendengar ceramah yang disampaikan

Anak muda bermotor juga turut berminat hadir mendengar ceramah

Antara Jawatankuasa UMNO Bahagian yang turut hadir

Jamuan makan disediakan kepada hadirin

No comments:

Post a Comment