Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Thursday, April 29, 2010

Janji RM3 juta ditunai...jangan pertikai janji ini -PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan cek RM3 juta seperti yang dijanjikannya semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,Rasa.Cek disampaikan dalam majlis ringkas di pejabat beliau di Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya,tengahari Rabu.

“Ini adalah janji saya. BN adalah sebuah parti yang rakyat boleh yakini. Apa yang kita janjikan, kita tunaikan,” katanya sebelum menyampaikan cek berkenaan kepada Penerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan pengetuanya, Ng Kin Mooi.

“Saya juga nak nafikan desas desus yang mengatakan oleh kerana orang Cina tidak beri sokongan sepenuhnya kepada BN, jadi tak perlu kita bagi peruntukan kepada mereka.“Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini sebagai tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina. BN akan terus mengharapkan kerjasama kaum Cina. Walaupun pada kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita, semoga pada masa akan datang mereka akan beri sokongan yang lebih padu kepada BN,” katanya.

“Saya harap dengan sumbangan ini mereka dapat membina sebuah sekolah baru. Ini juga bermakna hutang saya sudah langsai," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta timbalannya, Datuk Seri Liong Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru, P. Kamalanathan.-28/4/2010

No comments:

Post a Comment