Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Monday, May 24, 2010

SEMINAR KEPIMPINAN WANITA UMNO BAHAGIAN TUMPAT

PROGRAM: SEMINAR KEPIMPINAN DAN PERTANDINGAN GUBAHAN KAIN DAN MAKANAN TEMPATAN
TEMPAT : SMK KG LAUT
TARIKH : 22 MEI 2010

MASA : 2.30 PETANG


SEMINAR KEPIMPINAN WANITA UMNO BAHAGIAN TUMPAT

UCAPAN ALUAN NIK NORIZA NIK SALLEH(KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TUMPAT)

CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH PENGARAH BTN KELANTAN

WANITA UMNO YANG HADIR SEMINAR

PUTERI UMNO TUMPAT JUGA TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN

DATIN SITI MUNA ABD.KADIR(ISTERI YB.DATUK KETUA UMNO BAHAGIAN BERAMAH MESRA DENGAN HADIRIN

PESERTA SEDANG MENYIAPKAN GUBAHAN BUNGA MENGGUNAKAN KAIN

PESERTA SEDANG MENYIAPKAN GUBAHAN BUNGA MENGGUNAKAN KAIN

ANTARA KUIH TEMPATAN YANG DIPERSEMBAHKAN

ANTARA KUIH TEMPATAN YANG DIPERSEMBAHKAN

GUBAHAN KAIN YANG TELAH SIAP DPERSEMBAHKAN

GUBAHAN KAIN YANG TELAH SIAP DPERSEMBAHKAN

Tuesday, May 4, 2010

‘Jenis bodoh tak boleh diajar’: Khalid Ibrahim,Hassan Ali dan Khalid Samad…tolong komen !

Berat dan cukup menyengat sekali kata-kata Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bab ini.Menteri Besar Kelantan itu tidak menyebut siapa yang dimaksudkanya.

Namun melihat pada komentarnya itu dalam kontek semasa ia jelas ada kaitan dengan titah Sultan Selangor yang melarang pengunaan masjid untuk tujuan politik.

Merujuk kepada bab itu dalam ceramahnya di Kubang Batang,Wakaf Baru, laman Malaysian Insider memetik Musyridul Am PAS itu sebagai berkata ‘ baso bodoh payoh nak ajar …inilah orang yang amal politik suku agama suku’.

Baginya kutbah Jumaat adalah sebahagian dari politik Islam.

Nik Aziz yang nyata tidak berganjak dari pendiriannya sebelum ini menyifatkan larangan Sultan Selangor sebagai satu peninggalan penjajah dan ajaran karut.

Sultan Selangor telah menitahkan larangan pengunaan masjid sebagai medan politik semasa kehangatan kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar yang diminta oleh wartawan mengulas kenyataan terbaru Nik Aziz itu bertanya apakah Menteri Besar Kelantan itu akan patuh atau tidak jika Sultah Kelantan menitahkan peraturan seumpama itu.

Beliau menilai perbuatan Nik Aziz tidak menghormati Sultah Selangor dan undang-undang negeri lain.

Katanya kalau tak suka Menteri Besar itu bolehlah pergi ke negeri lain yang masjid boleh dijadikan tempat politik.

Apa pula agaknya komen Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad pada kata-kata pedas Nik Aziz itu yang dipercayai melibatkan titah Sultan Selangor?

Monday, May 3, 2010

Putus sudah kasih sayang: Kickdefella ‘ tembak’ Husam yang dakwa tak tahu pasal RM4juta

Tunggulah apa pula Datuk Husam Musa nak kata selepas ini.Syed Azidi Syed Abdul Aziz@blogger Kickdefella terus membuka pekong dengan mendakwa bekas bosnya pernah menyuruhnya tibai orang itu dan ini

Pasal duit RM4 juta untuk operasi gerak saraf menghentam pentabiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pula,Syed Azidi mendakwa ia disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC)Katanya duit itu tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat ‘kerana ia adalah wang yang tidak boleh dijelaskan dari mana ia datang.

Dia membuat dakwaan itu kepada akhbar Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini setelah Husam nampak macam nak cuci tangan buat tak tahu apa-apa mengenai wang RM4 juta itu.

Kata Syed Azidi bekas bosnya itu tahu sepenuhnya perjalanan operasi gerak saraf yang dilakukan melalui syarikat GMC.Menurutnya Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu sepatutnya memberi reaksi yang pelbagai terhadap isu RM4 juta yang digunakan untuk menjalankan operasi gerak saraf itu dan bukan hanya memperkatakan tentang jumlah yang perlu dibayar kepada seorang penulis blog.

"Saya akui dia (Husam) tidak perlu membayar kepada penulis blog seperti saya. Dia boleh buat secara percuma, sebelum ini dia suruh saya 'tibai' (hentam) orang itu dan ini, saya buat secara percuma tetapi lepas isu itu keluar dia tidak mengaku pula.

"Sebenarnya saya tidak faham apa yang dikatakan Husam dalam tulisannya ( dalam laman blognya Husam) semalam, tetapi ini jawapan saya, 'jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Lepas itu terjunlah.

''Setidak-tidaknya, bolehlah kita pasang lilin depan pejabat SPRM dan bolehlah barisan pimpinan pembangkang mabuk menuntut suruhanjaya diraja',"katanya.

Syed Azidi berkata, Husam tidak sepatutnya melatah dengan pendedahan tersebut sekiranya beliau tidak membayar wang untuk operasi gerak saraf itu.

"Wang RM4 juta ini disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat, GMC tetapi tidak dimasukkan ke dalam akaun kerana ia adalah wang yang tidak boleh dijelaskan dari mana wang ia datang.

"Sesiapa yang tidak terlibat dalam menyumbangkan duit ini tidak perlu takut. Saya tidak kata kita lahirkan pembohongan atau fitnah tetapi ia untuk gerak saraf supaya kita dapat timbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan Pak Lah, dalam sudut ini Husam amat faham apa sebenar operasinya," kata beliau.

Menurutnya, operasi gerak saraf adalah bertujuan memenangi hati dan minda rakyat dengan menceritakan bahawa pihaknya lebih baik daripada 'musuh' dan bukannya untuk mencipta fitnah atau pembohongan.

Dari kata-kata Syed Azidi ini andaian yang dapat dibuat ialah dia kini sudah ‘ putus habis’ dengan bekas bosnya ituSebelum ini dalam tulisannya di laman Kickdefella,Syed Azidi masih mempertahankan Husam .-2/5/2010

Kickdefella VS PAS Kelantan:cakap siang pandang-pandang...


PAS memang cukup alergik dengan cerita main duit. Parti itu sentiasa mahu namanya kekal harum,bersih lagi suci dan ‘ tak berduit’.

Atas sebab itu dakwaan terbaru yang hangat oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz@ penulis blog Kickdefella dia diberi peruntukan RM4 juta untuk mengurus operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang menarik untuk diperhatikan.

Reaksi pertama…wow banyaknya duit PAS.

Isu besar di sini bukan peruntukan itu tetapi dari langit mana wang itu melimpah turun.

Bagi sebuah parti yang mahu mempamirkan dirinya lebih Islam dari orang lain - jika betul - bab duit peruntukan politik begini bukan senang untuk dijawab.

Makanya, tidak hairanlah apabila awal-awal lagi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari cuba merobek kredibiliti Syed Azidi dengan menuduhnya sebagai orang yang kecewa – satu langkah biasa dalam politik untuk menghilangkan keyakinan orangramai pada dakwaannya.

Hairan mengapa beliau tidak ada modal lain untuk melancarkan serangan balas begitu sedangkan satu dunia tahu siapa Syed Azidi sebelum ini.

Ahmad Fadhil Shaari mungkin terlupa Syed Azidi sebelum ini rasminya memegang jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sehingga dipecat oleh bekas CEO PMBK yakni menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ariffahmi Abdul Rahman.

Sebaliknya, tugas hariannya bukan sangat dengan PMBK. Beliau lapor diri pada Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Ringkas cakap gajinya dibayar PMBK tetapi bekerja dengan Husam.

Syed Azidi yang sebelumnya ahli Blogger United dan menetap di Kuala Lumpur telah berpindah ke Kota Bharu selepas diambil bekerja oleh Husam.

Bukanlah rumit untuk selidik bab ini. Cuba singkap balik arkib tulisan di laman blog Kickdefella sebelum dan sesudah pilihanraya umum Mac 2008 yang banyak mengenai Husam.

Juga dulunya di mana ada Husam di situ ada Syed Azidi .Untuk rekod sehari selepas rasmi dipecat dari PMBK Syed Azidi masih kelihatan bersama Husam yang datang ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Malah, Syed Azidi sendiri pernah secara terbuka memberitahu beliau memang ditugaskan dengan Husam walaupun rasminya bertugas di PMBK.Pendedahan ini dibuatnya semasa kehangatan isu dia dipecat dari PMBK.

Kisah macam bidang tugas Syed Azidi ini bukan sesuatu pelik dalam arena politik.

Begitu juga halnya dengan gerak saraf terancang menghentam Pak Lah seperti yang didakwa oleh Syed Azidi.Masing-masing parti politik ada silat kuntau tersendiri dan berusaha menembak lawan untuk menang pilihanraya dan sebagainya.

Syed Azidi telah bertukar menjadi senjata makan tuan apabila dia mula mempertikaikan corak pengurusan Ariffahmi sebelum dipecat.

Dari seorang sebelum itu pengkagum Nik Aziz ,isu Ariffahmi telah membuatkan keyakinannya pada kehebatan Tok Guru itu terus luntur.

Cubaan Ahmad Fadhli Shaari untuk memperlekeh dan menafikan sumbangan Syed Azidi memang kerja cari nahas.

Sebagai orang yang duduk dalam pengurusan PMBK dan ke hulu ke hilir bersama Husam yang diketahui jeneral politik kesayangan Nik Aziz – siapa yang boleh nafi Syed Azidi tahu banyak perkara?

Bukankah kejatuhan Ariffahmi sebagai CEO PMBK,sekalipun cuba dipertahankan habis-habisan oleh Nik Aziz hasil buah tangan pendedahan demi pendedahan mengenai pengurusan yang mencurigakan dalam PMBK yang dibuatnya dalam laman Kickdefella.

Nik Aziz akhirnya terpaksa tunduk meminta menantunya melepaskan jawatan ‘ atas nasihat’ rombongan pimpinan PAS Pusat diketuai oleh Datuk Seri Haji Awang yang menemui Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya.

Setelah melalui fiasco itu, Musyridul Am PAS itu masih tidak mahu mengaku kelemahannya.

Beliau mengambil jalan mudah apabila baru-baru ini mendakwa Syed Azidi terlalu obses untuk menjatuhkannya.

Ini sebagai reaksi setelah laman Kickdefella membuat dakwaan mengenai pemberian banyak konsesi balak kepada seorang yang didakwa rapat dengan Nik Aziz.

Laman itu juga menyiarkan sebilangan dokumen untuk menunjukkan bagaimana ia kemudiannya di ‘ alibabakan’.

Kini semua orang sedang menanti bila Syed Azidi akan meletupkan bom dengan mendedahkan dari mana sumber wang RM4 juta itu muncul.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang membuat cabaran itu mungkin cukup sedar risiko yang bakal dihadapi dalam membuat kenyataan seumpama itu.

Jika betul…adakah RM4 juta itu datang dari sumber rasmi kerajaan negeri? Melihat kepada peraturan biasa kewangan kerajaan rasanya sukar untuk ‘selit’ wang sebanyak itu untuk tujuan kerja politik seperti itu.

Dari bunyi cakap Syed Azidi andaian awal boleh dibuat pasti ada orang yang sedang kepanasan pada kemungkinan dia buka mulut.

Sanggupkah pimpinan PAS Kelantan mahupun Pusat tampil ke depan untuk cover Ahmad Fadhli Shaari lebih-lebih lagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah mula ambil keterangan mengenai dakwaan itu.

Setakat ini bekas bos politik Syed Azidi yakni Husam baru tampil bersuara menerusi laman blognya.Beliau mendakwa PAS atau mana-mana individu tidak perlu mengeluarkan peruntukan sampai RM4 juta bagi menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.

Alasannya imej Abdullah yang buruk terbentuk secara semula jadi atas kelemahan kepimpinan bekas Perdana Menteri itu sendiri.

Apapun isu di depan mata sekarang dakwaan itu sudah dibuat secara terbuka. Begitu juga halnya dengan cabaran Ahmad Fadhil Shaari dan cakap Husam macam peruntukan itu tidak pernah wujud.

Samada RM1 apalagi RM4 juta – jumlahnya tidak penting tetapi jika betul ia terbukti datang dari sumber yang ‘mencurigakan’ baik Ahmad Fadhil Shaari mahupun Husam kena perah otak segera bagaimana nak cover Nik Aziz yang dakwa Syed Azidi ‘ sudah mabuk dan cakap mengarut’. - 1/5/2010



Putus sudah kasih sayang: Kickdefella ‘ tembak’ Husam yang dakwa tak tahu pasal RM4juta